Selepas Membaca Banyak Buku, HAMKA Mengubah Pendirian Beliau

oleh Asri Yussof pada 09 Oct 2017

HAMKA adalah antara ulamak yang begitu kontroversi dalam hayatnya. Karya-karya hasil tulisannya masih diterbitkan dan dibaca sehingga hari ini walaupun sudah 36 tahun beliau meninggalkan kita.

Karyanya seperti Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor antara karya yang paling kontroversi yang membincangkan isu kaum muda - kaum tua dan peperangan idea yang berlaku. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck juga menjadi tamparan hebat kepada masyarakat Minangkabau bermain dengan adat dan budaya yang ketat.

MENARIK: 11 Plagiat Dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Buya HAMKA

Malah, Hamka dalam bukunya, Falsafah Hidup memberikan kenyataan yang paling berani, “Pintu Ijtihad masih terbuka dalam islam.” Manakala dalam isu tahlil dan qunut, HAMKA juga ada mengeluarkan kenyataan yang kontroversi tentang hal ini.

MENARIK: Kenyataan Berani HAMKA 'Pintu Ijtihad Belum Ditutup'

Ketika beliau menjadi anggota Muhammadiyyah, beliau pernah memberitahu bahawa Maulid Nabi dan membaca qunut adalah haram, bid’ah serta berlebih-lebih dalam ibadah. Perbuatan ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw.

Tetapi apabila makin bertambah umur dan menjadi tua, HAMKA akhirnya mengubah pendirian dan melakukan qoa qunut dan menyertai selawat Maulid Nabi. rata-rata yang hadir hairan dengan perbuatan HAMKA. Kenapa dahulu beliau tidak bersetuju tetapi sekarang sudah berubah pendirian.

Ada yang bertanya kepada beliau, “Buya Hamka, dulu sewaktu anda masih muda, anda begitu keras menentang acara-acara seperti ini namun sekarang anda berubah?”

Hamka menjawab, “Ya, dahulu sewaktu aku muda kitabnya baru satu. Namun setelah aku mempelajari banyak kitab, aku sedar ternyata ilmu Islam itu amat luas.”

HAMKA boleh disenaraikan diantara ulama yang autodidak. Iaitu mereka yang lahir bukan dari sistem pembelajaran yang formal. Mereka mendapat ilmu pengetahuan dengan pembelajaran kendiri tanpa seorang guru yang mengajar di dalam kelas. Seseorang yang lahir dari autodidak kadang-kadang kajiannya boleh menjadi pelengkap atau alternatif kepada yang sudah banyak dipasaran.

HAMKA

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981. Beliau dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

MENARIK: Apakah Genre Novel Yang HAMKA tulis? Adakah novel Islami atau sebaliknya?

Klik di sini untuk mendapatkan buku-buku HAMKA sempena #MYCYBERSALE

Nama Hamka mula dikenali sebagai sasterawan apabila menulis beberapa buah novel yang diminati ramai hingga sekarang antaranya Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1937), Di Bawah Lindungan Kaabah (1936), Merantau ke Deli (1940), Tuan Direktur (1939) dan beberapa buah lagi.

Sebagai ulama pula Buya Hamka menulis berpuluh buah buku agama antaranya Tasawuf Moden (1939). Falsafah Hidup (1939) Lembaga Hidup (1940) Lembaga Budi (1940) Tafsir al Azhar 1-30 juzuk, Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor dan lain-lain.

Karnival Buku Keningau

Buya Hamka pernah ditahan selama dua tahun empat bulan disebabkan perbezaan fahaman politik dengan Presiden Suekarno (kebaikannya, beliau berjaya siapkan tafsir Al-Azhar sepenuhnya). Beliau juga pernah menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi kemudiannya meletak jawatan kerana di paksa menarik semula fatwa MUI yang menfatwakan haram hukumnya umat Islam merayakan hari natal.

Sumber lain: islamidia