Artikel

Selera Mudah : Idea Bekal ke Sekolah – Menu Asia

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 25 Aug 2014

Buku yang berjudul Idea Bekal ke Sekolah (Menu Asia) ini dapat membantu para ibu dan juga para isteri dalam menyediakan bekal makanan untuk suami dan anak-anak. 

Buku resipi ini menghimpunkan lebih daripada 40 resipi yang dihidangkan dalam bentuk bento. Ia dapat memberikan idea kepada para pembaca untuk menyediakan bekal yang kelihatan lebih menarik daripada biasa. Di samping itu, setiap resipi disertakan gambar-gambar dan juga cara-cara untuk membuatnya.

Para pembaca tidak perlu runsing lagi dalam menyediakan bekalan makanan untuk suami dan anak-anak kerana buku ini mengandungi resipi-resipi yang ringkas, mudah, dan enak. Tambahan pula, resipi-resipi dalam buku ini sesuai bagi menjaga kesihatan kerana tidak menggunakan bahan perasa tambahan.

Antara resipi-resipinya adalah Sup Kacang Pis, Ayam Cornflakes, Omelet Cendawan, Nasi Mentega, dan pelbagai lagi.

 Menyediakan bekal makanan tidak sukar jika para pembaca mendapatkan buku Idea Bekal ke Sekolah ( Menu Asia). Dapatkan buku ini di kedai berhampiran anda atau secara online di www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024