Artikel

Seminar iPAC Didik Anak Cemerlang

oleh Roziyah pada 15 Dec 2011

Mendidik anak zaman moden adalah cabaran yang terkini. Ianya terbahagi dalam dua bahagian iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman. Cabaran dalaman merangkumi internet, muzik, TV dan pengaruh budaya barat yang negatif. Cabaran luaran pula merangkumi pengaruh rakan-rakan sekolah dan juga rakan sebaya di kawasan rumah. Tugas mendidik dan membesarkan anak supaya anak menjadi anak yang cemerlang tidak susah jika tahu cara-caranya. Ianya telah terbukti berkesan dan berjaya.

Sebagai ibubapa, mereka semestinya mahu anak berjaya dan mendapat keputusan peperiksaan terbaik. Semua ibubapa mahukan keputusan peperiksaan cemerlang, terpuji dan semua mata pelajaran anaknya mendapat ‘A’. Ibubapa akan berasa segala usaha mereka dalam mendidik dan membesarkan anak mereka berbaloi dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang ini. Untuk menjadi pelajar superstar yang cemerlang kini bukan lagi satu rahsia kerana kami ingin berkongsi pengetahuan, pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak bagaimana menjadi pelajar cemerlang. Dan pelajar cemerlang ini akan lahir dari sikap ibubapa yang prihatin.

Dengan ini, lahirlah Seminar Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang (iPAC). Seminar yang akan mendididk anak-anak ke arah kejayaan, melahirkan generasi yang cemerlang dan juga pelajar superstar. Ibubapa juga akan akan diberi tunjuk ajar bagaimana menjadi motivator di rumah, bagaimana menjadi ibubapa yang lebih prihatin, dan banyak lagi di dalam seminar ini.

Buat pertama kalinya di Malaysia, dua ikon motivasii terkenal iaitu Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi kekeluargaan) dan juga Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (pakar motivasi pelajar) digabungkan dan digandingkan dengan Fahrin Ahmad di bawah satu bumbung di atas satu pentas.

Seminar ini akan diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor pada 26 dan 27 Disember 2011.

Layari www.ipac.my bagi mendapatkan maklumat lanjut seminar ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024