Artikel

Senangnya Matematik: Belajar Mengenal Bentuk Awal

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 24 Jan 2014

Senangnya Matematik Belajar Mengenal Bentuk Awal merupakan siri buku belajar yang dapat membantu kanak-kanak meminati dan mempelajari matematik dengan cara menyeronokkan.

Buku ini adalah terjemahan daripada siri buku bestseller di Korea.

Buku ini mengisahkan tiga orang rakan sekelas yang terdiri daripada Hee Su, Jeong Min, dan Ju Cheol.

Pengalaman mereka telah terjumpa pangkalan rahsia yang tersimpannya kapal angkasa Pak Cik Makhluk Asing, menyebabkan kanak-kanak ini memperoleh satu pengetahuan baru.

Bermula pertemuan dengan Pak Cik Makhluk Asing, mereka mula seronok mempelajari kepelbagaian bentuk.

Kandungan buku yang banyak memaparkan budaya dan cara hidup sebenar masyarakat Korea adalah salah satu keistimewaan yang ditampilkan dalam siri buku ini.

Penghasilan bahan bacaan berinformasi akan memberi satu pengetahuan dan cara pembelajaran baru kepada murid-murid.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024