Artikel

Senangnya Matematik: Belajar Pecahan

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 27 Jan 2014

Senangnya Matematik Belajar Pecahan merupakan siri buku belajar yang dapat membantu kanak-kanak meminati dan mempelajari matematik dengan cara menyeronokkan.

Buku ini adalah terjemahan daripada siri buku bestseller di Korea.

Buku Senangnya Matematik Belajar Pecahan mengisahkan Manho yang merupakan pelajar lemah dalam subjek matematik.

Sikapnya yang tidak mahu berusaha untuk menguasai subjek matematik menyebabkan Manho memperoleh markah 0 dalam ujian.

Panggilan telefon misteri yang diterima Manho telah mengubah sikapnya untuk mempelajari pecahan kerana suara seseorang yang dari masa hadapan itu telah membentuk persepsi baru dalam subjek matematik.

Buku ini akan memberi keseronokan kepada murid-murid sekolah rendah dalam menanam minat mempelajari subjek matematik kerana buku ini menampilkan setiap helaian muka surat berwarna dan memberi penuh manfaat.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024