Artikel

Seronok Belajar Sains: Komik Sains Kuark

oleh Nurul Aida bt Mohd Nasri pada 06 Feb 2014

Komik Kuark memuatkan ilmu-ilmu pengetahuan tentang sains berdasarkan sukatan pelajaran sains sekolah kebangsaan.

Komik ini dihasilkan dengan halaman yang berwarna bagi menarik perhatian pembaca.

Selain itu, komik ini juga merupakan bestseller di Indonesia yang kini berada dalam pasaran Malaysia dengan pelbagai cabang ilmu sains yang mudah, difahami, berkesan, dan menyeronokkan.

Pembaca dapat mempelajari strategi belajar ilmu sains yang efektif di samping memberi semangat dan keyakinan dalam menguasai serta meminati dunia sains.

Terdapat pelbagai eksperimen yang penuh dengan ilmu sains, kuiz dan aktiviti yang sangat menghiburkan untuk dicuba.

Dapatkan Komik Sains Kuark ini segera, ternyata usaha anda pasti berbaloi-baloi.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024