Artikel

Seronoknya Cuti bersama Koala yang Comel

oleh Zikri Musa pada 05 Dec 2012

Adik-adik suka koala yang comel? Sempena Seronoknya Cuti! PTS memperkenalkan siri comel Seronoknya Bebe Koala kepada adik-adik semua. Antara judul-judul Bebe Koala ialah Si Comel yang Ceria dan Hari yang Menyeronokkan.

Si Comel yang Ceria menceritakan tentang Lala, anak Koala yang sangat aktif, ceria, dan suka belajar perkara yang baru setiap hari. Dia berpeluang bermain bersama kawan-kawan, makan makanan yang enak, dan juga pergi berkelah bersama keluarga. Wah, setiap hari adalah hari yang ceria bagi Lala!

Bagi buku Hari yang Menyeronokkan, Lala memang suka melakukan aktiviti luar. Apatah lagi bersiar-siar di taman. Menyeronokkan! Lala berpeluang bertemu dengan bermacam-macam jenis serangga. Dia juga dapat menghadiahkan ibunya sejambak bunga yang cantik. Walaupun sering kali diusik oleh Kiki, hamster kesayangannya, Lala tetap ceria dan gembira!

Ayuh kita dapatkan buku Bebe Koala di kedai buku berhampiran. Kawan-kawan juga boleh membeli dengan melayari www.bookcafe.com.my.

Oh, jangan lupa juga mengambil gambar untuk sertai zoom@PTS dan menangi hadiah-hadiah menarik. Hanya layari suka.pts.com.my!

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024