Artikel

Sertai Karnival Buku Pulau Pinang 2011

oleh Roziyah pada 06 Dec 2011

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Syarikat Adam menganjurkan Karnival Buku Pulau Pinang 2011.

Karnival yang diadakan bermula dari 3 Disember hingga 11 Disember 2011 ini membawakan buku-buku menarik daripada pelbagai penerbit di seluruh Malaysia.

Karnival ini diadakan di Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah pertandingan memasak kanak-kanak, Permainan Dam Ular Gergasi, Dam Bahasa, pertandingan mewarna dan banyak lagi.

Dapatkan juga buku-buku terkini dan terbaik terbitan PTS di Karnival Buku Pulau Pinang ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024