Artikel

Sertai Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik Sekarang

oleh Amirah Hassan pada 29 Apr 2014

Ayuh sertai Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik anjuran Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bersama Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysian Radiation Protection Association (MARPA) dan

Kumpulan Media Karangkraf dengan sokongan Institut Terjemahan & Buku Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd serta beberapa universiti tempatan.

Tarikh: 28 dan 29 Mei 2014
Tempat: Hotel Traders, Pulau Pinang

Seminar yang akan menyentuh tentang cabaran, hak cipta, keselamatan maklumat, pengurusan editorial dan penyuntingan, isu pemasaran serta masa depan penerbitan saintifik ini dijangka akan dihadiri kalangan penyelidik, pensyarah, pegawai penerbitan, penulis, pustakawan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang penerbitan dari sektor awam, badan korporat dan sektor swasta.

Sejumlah 12 kertas kerja merangkumi satu ucap tema, 3 ucap utama dan 8 kertas kerja dijangka akan dibentang diikuti dengan forum pada akhir Seminar. 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kami sudah mendaftar, anda bagaimana?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024