Artikel

Si Gedik Menjadi Seoulvivor? Mampu?

oleh Syifa Wan pada 27 May 2016

Sambutan hari lahir bertukar tragedi? Sweet 17 bertukar memori duka? Tidak! Bagi peminat kisah Aku Mahu Seoulmate, sudah pasti anda tidak sabar untuk membaca karya terbaru Kak Ain Maisarah dan Kak Rashiela Nurain, iaitu Aku Mahu Seoulvivor.

Kisah kali ini lebih menarik dan mendebarkan, ditambah lagi dengan pelbagai aksi yang lucu dan mencuit hati. Bagi anda yang sudah membaca Aku Mahu Seoulmate, Kim Jiwon juga ada dalam Aku Mahu Seoulvivor. Peminat Kim Jiwon tentu tersenyum lebar.

Aku mahu Seoulvivor mengisahkan tentang Sazzy yang tidak sabar menyambut hari lahirnya yang ke 17. Hari lahir Sazzy semakin dekat. Dia mengimpikan sambutan hari lahir yang gah serta dicemburui oleh Ahli The Wannababes.

Ibu bapanya memberikan Sazzy tiket pelancongan ke Korea. Dia dibenarkan pergi ke sana bersama-sama seorang lagi rakan karibnya. Dia memilih seorang daripada Ahli The Wannababes untuk pergi bersama-samanya.

Impian untuk mendapatkan sambutan hari lahir yang gah bertukar tragedi. Bermula dari dihalau oleh pemandu teksi, diserang Gumiho, dikejar samseng hinggalah kematian Kim Jiwon. Kim Jiwon mati? Jangan terkejut!

Buku ini bukan sahaja memaparkan bagaimana dua orang remaja menjadi Seoulvivor, malah menunjukkan sisi sahabat yang sentiasa bersama tidak kira susah ataupun senang.

Anda fikir anda mampu jadi Seoulvivor sehebat Sazzy dan Fazura? Anda belum cukup Seoulvivor lagi sekiranya tidak mendapatkan buku ini dan membaca pengalaman Seoulvivor mereka.

Pasti anda semua tertanya-tanya kesudahan kisah Aku Mahu Seoulvivor ini, bukan?

Tunggu apa lagi segera menjadi Seoulvivor dengan dapatkan buku Aku Mahu Jadi Seoulvivor.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024