Artikel

Silence Is Golden & Wanita Perlu Lawan Semua Penindasan - Pesanan Puan Fadhlina Sidek

oleh PTS pada 07 Jul 2017

Terima Kasih.

Tetapi saya memang tidak ada nafsu untuk mengulas isu gadis shell, magic, pegang anjing, ibu meninggal dalam pantang, throwback Vivy tidak bertudung, wanita menjadi imam, gambar poligami wannabe raya, chivalry dan lamaran.

Terima Kasih kerana PM Saya dan bertanya.

Cuma adakalanya Saya fikir,

Silence is Golden

Netizens telah mendahului semua authority yang ada menjadikan keributan mendahului Hikmah dan ketenangan.

Pesan saya ketika ini buat semua,

 Wanita, lawan semua penindasan dan pencabulan dengan terhormat.

gambar hiasangambar hiasan

Jaga martabat diri dengan meningkatkan keilmuan dengan menjaga maruah diri.

Taat kepada suami, selagi suami tidak melakukan Maksiat.

Kenal pasti konflik rumahtangga samada ia peringkat nusyuz, syiqaq atau dharar dan keluarlah dari rumahtangga yang memudharatkan.

Jangan biarkan diri ditindas atas nama poligami yang digunakan atas kepentingan diri.

Anda punya pilihan dan Hak. Tiada siapa boleh memaksa anda tinggal dalam poligami yang dimulai dengan pengkhianatan, kecurangan dan penipuan.

Jauhi ikhtilat yang merosakkan keberkatan. Tiada keperluan melengser-lengser mencari perhatian. Selesai kerja, pulang dan berbaktilah kepada keluarga.

Perangilah rasuah dan kecurangan kepimpinan Negara dengan segala daya dan kewajipan. Negara ini sudah cukup rosak. Yang tinggal adalah bapak-bapak menteri dan isteri-isteri mereka yang tidak sedar diri. Masih mahu bersenang lenang meraih Dan memerah derita Rakyat.

Jumaat, Hari membezakan hak dan bathil!

Sumber: Fadhlina Sidek

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024