Artikel

Skor A dengan Mudah: Oh, Semua A! Kehebatan Nombor

oleh Nur Shabira Yahya pada 01 Dec 2014

 

Sukar memahami subjek sains dan matematik? Buku edukomik Oh, Semua A! Kini diterbitkan melalui bahan pengayaan subjek matematik dan sains. Melalui buku ini, para pelajar pasti skor A
dengan mudah.
Buku ini dilengkapi dengan info­-info menarik yang mampu membantu pelajar memahami matematik dengan lebih mudah.
Buku Oh, Semua A! Kehebatan Nombor merupakan buku siri matematik sesuai dibaca oleh para pelajar sebagai langkah alternatif bagi memahami konsep­-konsep matematik pada zaman dahulu yang menurunkan idea-­idea supaya pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih bermakna.
Buku ini memiliki ciri­-ciri yang mampu menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu matematik dengan lebih mendalam.
Bahan bacaan dan kandungan buku ini disertakan dengan gambar dan ilustrasi kartun, fakta yang ringkas dan jelas serta pelbagai informasi terkini untuk bacaan pelajar.
Siri ini boleh membantu para pembaca khasnya pelajar sekolah meminati dan mempelajari matematik dengan cara yang menyeronokkan dan santai.
Dapatkan kedua-dua komik ini dengan harga yang sangat berpatutan untuk menarik minat membaca dalam kalangan anak­-anak.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024