Skuad Misi dan Komik-M Hadir Dengan Aplikasi MISI Pada Telefon Pintar

oleh Komik-M pada 07 Sep 2017

Skuad Misi adalah kumpulan artis komik dan peminat yang menguruskan kandungan dan penjualan untuk komik-komik Misi yang diterbitkan oleh Komik-M. Mereka diketuai oleh dua orang adik beradik yang sudah lama berkecimpung dalam industri komik Malaysia, iaitu Afiq dan Nazry.

Sekarang anda sudah boleh memuat turun Apliksi MISI secara percuma di telefon pintar anda melalui google play atau app store. Aplikasi ini membolehkan anda untuk menonton klip animasi apabila anda imbas pada kulit buku di semua komik Misi yang sudah diterbitkan oleh Komik-M.

MENARIK: Mungkin anda rasa komik ini biasa tapi bagi saya komik ini sentap habis

MENARIK: Berita baik kepada pelajar Fizik. Komik ini akan membantu anda

aplikasi misi

Anda boleh mencubanya pada komik terbaru mereka, Misi Terbang Tinggi: Aviasi Fantasi. Klip animasi yang berdurasi beberapa minit ini boleh dikatakan sebagai klip trailer atau animasi pendek yang diangkat dari komik-komik Misi yang sudah diterbitkan.

komik misi terbang tinggi

Klik di sini untuk mendapatkan Komik Misi Terbang Tinggi: Aviasi Fantasi

MENARIK: Kandungan komik yang bagus mampu bertahan di pasaran

Nazry Salam berasal dari Skudai, Johor. Kini beliau menetap di Kajang, Selangor. Beliau dahulunya seorang tutor di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Beliau pernah menceburi bidang penulisan novel, skrip animasi sepenuh masa dan kini aktif menulis komik bersama Komik-M. Sehingga kini beliau sudah mempunyai 26 karya terkumpul dalam novel dan komik-M yang digandingkan bersama adiknya, Afiq.

komik nazry