Super Baru Komik-M - Hanya yang Terbaik di Pasaran

oleh Zikri Musa pada 24 Dec 2012

Kawan-kawan inginkan Komik-M yang terbaru di pasaran? PTS membawa berita baik kepada kawan-kawan semua. Sempena Seronoknya Cuti!, PTS memperkenalkan Super Baru Komik-M khas untuk peminat Komik-M.

Antara Karya Super Baru Komik-M yang diterbitkan adalah Aku, Kau & Ibu hasil karya artis-artis Komik-M, Adiwira: Si Cilik Penyelamat Bumi karya mantap Ash Kun, Opie & Jaja hasil gabungan Bophairy dan Nazri M. Annuar dan Ali & Tuah karya Nazry Salam dan Afiq.

Komik-M Aku, Kau dan Ibu mengisahkan kisah-kisah cerita lucu dan sedih yang mengaitkan perihal ibu. Antara judul cerita yang terdapat dalam komik ini adalah Hati Ibu hasil garapan Ben, pemenang International Manga Award.

Adiwira: Si Cilik Penyelamat Bumi pula mengisahkan tentang Adi, si cilik yang nakal dan sukakan cabaran. Sewaktu berkhemah di dalam hutan bersama rakan-rakan sekolah, dia ditimpa kemalangan dan pengsan. Sebaik sahaja terjaga daripada pengsan, muncul di hadapannya sebiji bola pelik berwarna keemasan. Dalam keadaan bingung dan hairan, Adi turut dikejutkan dengan kehadiran makhluk aneh berupa gergasi dan toyol. Memang menggemparkan!

Opie & Jaja merupakan komik kanak-kanak perempuan yang sangat comel dan kelakar! Seorang comel, seorang lagi cantik. Yang mana satu pilihan kawan-kawan ya? Opie dan Jaja adalah hasil gabungan penulis skrip filem dan pelukis komik yang hebat, Nazri M. Annuar dan Bophairy!

Orang kampung dalam bahaya dan hanya Ali, seorang wira handalan yang dapat menolong mereka. Tetapi, dia cuma dapat menolong sekiranya tiada makhluk lain melihatnya - walaupun seekor cicak! Adakah dia terlalu pemalu sehinggakan dilihat cicak pun dia berasa segan? Apakah ertinya semua ini? Jom dapatkan komik Ali & Tuah! Bersama-sama Tuah, seekor tikus, sumpah-sumpah, dan seekor anak naga comel ya amat, mereka mengembara mencari kumpulan penjahat, Pancakuasa!

Dapatkan kesemua komik-komik ini sempena Seronoknya Cuti di kedai buku berhampiran! Kawan-kawan juga boleh layari www.bookcafe.com.my bagi pembelian online.