Artikel

Super Seronok Komik-M perkenal Aku, Kau dan Cinta

oleh Zikri Musa pada 26 Dec 2012

Super Seronok Komik-M ada komik cinta? Adakah ini berita benar? Ya, ia memang benar. Super Seronok Komik-M menampilkan Siri Aku, Kau dan Cinta sempena Seronoknya Cuti kali ini.

Terdapat dua judul aitu, Aku, Kau dan Cinta: Cinta Pandang Pertama dan Aku, Kau dan Cinta: Cinta K-Pop. Komik ini sangat romantik dan sesuai bagi penggemar cerita cinta. Namun apa yang lebih penting, ceritanya masih berlandaskan syariah.

Aku, Kau dan Cinta: Cinta Pandang Pertama amat sesuai dijadikan koleksi peribadi dan juga hadiah kepada orang yang dicintai. Terdapat 9 komik istimewa yang bertemakan cinta. Antara pelukis dan penulis yang terlibat adalah, Tembakau, Bophairy, Ash Kun, Lavendra, Poyo, Reja, Shahrul Akram, Choppy, Lavendra dan Farihah Iskandar.

Manakala Aku, Kau dan Cinta: Cinta K-Pop mengandungi 8 komik cinta yang unik hasil inspirasi Korea Pop (K-Pop). Antara judul-judul cerita dalam komik ini ialah Virus K-Pop, K-Pop Celup dan Cerita Fasal K-Pop. Pelukis dan penulis pula adalah gabungan mantap pengkarya Komik-M antaranya Ben Wong, Ard One, Froggypapa, Reja, Lavendra, Pac, Poyo dan Azhar Abdullah.

Bagi penggemar cerita cinta yang romantik mari kita dapatkan siri Aku, Kau dan Cinta di kedai buku berhampiran. Kawan-kawan juga boleh dapatkan secara online di www.bookcafe.com.my. Dapatkan segera.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024