Artikel

Syiah Berkembang dan Tersebar di Negara-Negara Sunni : Adakah Kawanku Syiah?

oleh Nur Shabirah Yahya pada 02 Sep 2014

Tercatat dalam sejarah politik islam, syiah daripada pelbagai aliran dan mazhab selalu menjadi parti pembangkang. Namun, kaedah yang digunakan oleh aliran-aliran tersebut berbeza antara satu sama lain. Syiah Zaidiyah memilih pembangkang dengan caranya sendiri, iaitu dengan secara nyata dan terang. Namun aliran Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah memilih untuk berjuang secara rahsia melalui konsep At-Taqiyyah.

Sejak terjadinya revolusi Iran dibawah kepimpinan Imam Khomeini, Iran berubah menjadi sebuah negara yang kuat di kawasan Arab. Kekuatan ketenteraan mereka berkembang pesat, mereka kerap memberikan kritikan tajam terhadap tindakan-tindakan barat yang bersifat diskriminasi, dimana hanya negara-negara yang besar yang boleh melakukan perkara tersebut. Tidak pernah gentar dan segan terhadap Amerika kerana pembangkang teknologi nukleurnya. Malah Iran menunjukkan kepeduliannya kepada negara-negara Islam yang lemah dan dijajah, walaupun hanya sekadar memberikan komentar tajam dalam forum-forum antarabangsa.

Maka, begitu besar sikap permusuhannya terhadap Israel Yahudi yang banyak menelan jiwa kaum Muslimin. Tindakan Iran banyak menarik simpati kaum Muslimin diperingkat antarabangsa. Selepas runtuhnya kekhilafan Turki Uthmaniah, orang islam kehilangan pelindungnya. Kini, Iran muncul menentang kezaliman dunia Barat terhadap dunia Islam ditengah kebisuan dan ketidakberdayaan para pemimpin-pemimpin negara-negara Arab.

Dari sudut objektif, tentunya kita boleh mengakui prestasi-prestasi sains, teknologi, dan politik negara Iran, namun di sebalik itu ada perkara yang jauh lebih penting untuk golongan sunni iaitu menjaga keutuhan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Dalam kata lain, sunni tidak dapat berdamai dan hidup berdampingan dengan syiah, selagi syiah terus menerus mengkafirkan umat Islam sunni khususnya tiga sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar, Umar, dan Uthman.

Dipetik daripada buku Adakah Kawanku Syiah? tulisan Kamaluddin Nurdin Marjun, Ph.D.

Tercatat dalam sejarah politik islam, syiah daripada pelbagai aliran dan mazhab selalu menjadi parti pembangkang. Namun, kaedah yang digunakan oleh aliran-aliran tersebut berbeza antara satu sama lain. Syiah Zaidiyah memilih pembangkang dengan caranya sendiri, iaitu dengan secara nyata dan terang. Namun aliran Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah memilih untuk berjuang secara rahsia melalui konsep At-Taqiyyah.

Sejak terjadinya revolusi Iran dibawah kepimpinan Imam Khomeini, Iran berubah menjadi sebuah negara yang kuat di kawasan Arab. Kekuatan ketenteraan mereka berkembang pesat, mereka kerap memberikan kritikan tajam terhadap tindakan-tindakan barat yang bersifat diskriminasi, dimana hanya negara-negara yang besar yang boleh melakukan perkara tersebut. Tidak pernah gentar dan segan terhadap Amerika kerana pembangkang teknologi nukleurnya. Malah Iran menunjukkan kepeduliannya kepada negara-negara Islam yang lemah dan dijajah, walaupun hanya sekadar memberikan komentar tajam dalam forum-forum antarabangsa. Maka, begitu besar sikap permusuhannya terhadap Israel Yahudi yang banyak menelan jiwa kaum Muslimin. Tindakan Iran banyak menarik simpati kaum Muslimin diperingkat antarabangsa. Selepas runtuhnya kekhilafan Turki Uthmaniah, orang islam kehilangan pelindungnya. Kini, Iran muncul menentang kezaliman dunia Barat terhadap dunia Islam ditengah kebisuan dan ketidakberdayaan para pemimpin-pemimpin negara-negara Arab.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024