Artikel

Tasik Kalbu: Penawar Bagi Hati

oleh Noor Hidaya Arshad pada 22 Jun 2015

Rasulullah SAW bersabda, “Sebenarnya di dalam tubuh itu terdapat seketul daging, jikalau ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh badannya, ketahuilah ia adalah hati.’

Buku ini keseluruhannya berkisar tentang hati.

Naskhah yang merupakan sebuah kitab tasawuf ini benar-benar mampu mendidik manusia agar menjaga hatinya.

Dimulakan dengan penerangan tentang penyucian anggota-anggota zahir daripada segala perbuatan maksiat sehingga ke bab sikap yang dipuji.

Secara tidak langsung hati terus menjadi lembut dan sentiasa mengingati Allah yang maha kuasa.

Persembahan buku ini cukup menarik. Tidak seperti kitab-kitab biasa, ia dihiasi dengan susun atur yang kemas dan moden.

Mempunyai dua teks bacaan iaitu teks rumi dan teks jawi. Pembaca dapat mempelajari tulisan jawi sambil menelusuri naskhah ini.

Walaupun buku ini tebal tetapi isi kandungannya mudah difahami kerana dihuraikan dengan pendekatan bahasa moden yang sesuai dengan gaya pembacaan masyarakat kini.

topik lengkap dengan penerangan daripada al-Quran dan hadis. Hadis-hadisnya juga lengkap dengan nota kaki agar memudahkan pemahaman pembaca.

Kitab yang indah ini tidak terhad kepada golongan ilmu agama sahaja tetapi ia amat sesuai dimiliki oleh mereka yang sentiasa mencari-cari ilmu yang dapat menjadikan hati mereka tunduk dan patuh hanya kepada Allah SWT

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024