Artikel

Teknik Surah Yusuf Sampai Ke Universiti Indonesia

oleh Roziyah pada 02 Dec 2011

Teknik Surah Yusuf yang menjadi mazhab rasmi PTS kini sudah mula terbang ke Universiti di Indonesia.

Pada 1 Disember lalu, penulis buku PTS, Cikpuan Azzah Abdul Rahman berkesempatan berkongsi maklumat mengenai pengahasilan karya menggunakan Teknik Surah Yusuf kepada mahasiswa di Indonesia.
Teknik Surah Yusuf ini diperkenalkan kepada mahasiswa Universitas Negeri Jakarta yang berminat dalam bidang penulisan.

Mahasiswa di Universitas Negeri Jakarta yang mendengar mengenai penghasilan karya melalui Teknik Surah Yusuf ini rata-ratanya teruja dengan teknik penulisan yang digali dalam Al-Quran sendiri.

“Kita hanya menggunakan teknik barat tanpa menyedari yang al-Quran sendiri mempunyai teknik penulisannya yang tersendiri tanpa kita sedari. Teknik ini sememangnya menarik untuk dikaji,” jelas mahasiswa yang hadir dalam bengkel Teknik Surah Yusuf oleh Cikpuan Azzah Abdul Rahman.

Selain itu, editor PTS Islamika, Cikpuan Fazilah Hussin juga tidak melepaskan peluang memperkenalkan syarikat penerbitan PTS serta peluang menulis kepada mahasiswa di Universitas Negeri Jakarta.
Peluang ini diambil oleh mahasiswa di sana bagi mengembangkan lagi bakat mereka dalam penulisan. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024