Tempat Menarik Yang Patut Anda Kunjungi Di Kota Tua, Jakarta Indonesia

oleh Fathin Hani pada 09 Aug 2017

Jika anda hendak mengunjungi Indonesia, anda wajib mengunjungi Kota Tua di Jakarta. Di sana anda seakan mengunjungi kota Jakarta zaman dahulu. Bangunan-bangunan lama dengan seni bina Belanda masih berdiri megah di sana. Bagi anda yang sukakan fotografi, Kota Tua Jakarta juga merupakan satu tempat yang menarik untuk menghasilkan gambar yang cantik. 

w

Selain dapat menangkap gambar seni bina bangunan zaman dulu, fotografer juga boleh mengambil gambar gelagat pengunjung yang mengunjungi Kota Tua. Oleh itu, sebelum anda pergi ke Kota Tua Jakarta, kenali dulu tempat-tempat yang wajib anda kunjungi.

Stesen Kereta Api Kota

 Pelbagai pengangkutan awam yang dapat digunakan untuk sampai ke kawasan Kota Tua Jakarta, salah satunya adalah kereta api. Di saat anda menjejakkan kaki di stesen kereta api di Jakarta Kota, anda boleh merasakan betapa antiknya bangunan ini. Stesen kereta api Jakarta, siap dibangunkan pada tahun 1929 dan dirasmikan oleh gabenor jenderal pada masa itu, A.C.D de Graeff. 

q

Stesen kereta api ini merupakan stesen kereta api terbesar di Indonesia. Bangunan dengan ketinggian empat meter ini telah dijadikan simbol budaya.

Muzium Fatahillah

Muzium Fatahillah juga dikenali sebagai Muzium Sejarah Jakarta. Bangunan muzium merupakan Balai Kota Batavia VOC yang dibangunkan pada tahun 1707-1710. Bangunan yang menyerupai Istana Dam di Amsterdam ini terbahagi menjadi dua bangunan utama dengan dua sayap di bahagian timur dan barat serta bangunan sanding yang digunakan sebagai pejabat, ruang pengadilan, dan ruang-ruang bawah tanah yang dipakai sebagai penjara. Di dalam muzium anda akan melihat hasil penggalian arkeologi di Jakarta, mebel antik mulai dari abad ke-17 sampai 19.

j

Selain dikenali sebagai muzium yang menyimpan sejarah kota Jakarta, Muzium Fatahilah menjadi makin popular sebagai lokasi salah satu acara reality show di Indonesia, terutamanya di penjara bawah tanahnya yang dulu banyak kejadian maut. Selain mengunjungi muzium, anda juga bersantai di taman Fatahilah.

Muzium Bank Indonesia

Ketika anda keluar dari stesen kereta api Jakarta Kota, bangunan bergaya kolonial ini pasti akan menarik perhatian anda. Bangunan bergaya kolonial ini merupakan Muzium  Bank Indonesia. Muzium yang menempatkan bangunan peninggalan De Javasche Bank yang telah berdiri kukuh sejak tahun 1828. Anda disediakan pelbagai informasi tentang Bank Indonesia ketika dalam perjalanan bahkan sebelum bangsa asing datang ke Indonesia.

e

Yang bagusnya, informasi disajikan dengan menggunakan teknologi moden dan multimedia, seperti tayangan elektronik, televisyen plasma dan diorama. Jika ingin berkunjung ke sini, elakkan kunjungan pada hari Isnin dan hari cuti umum kerana muzium ini ditutup.

Muzium Wayang

Terletak di Jalan Pintu Besar Utara No 27, muzium ini diapit oleh dua bangunan. Namun anda akan mudah menemui Muzium Wayang kerana gaya bangunannya yang unik. Pada awalnya bangunan ini bernama De Oude Hollandsche Kerk (Gereja Lama Belanda) yang dibangun pada tahun 1640. Seperti namanya, Muzium Wayang mempamerkan berbagai jenis dan bentuk wayang dari seluruh Indonesia, baik yang dibuat daripada kayu dan kulit mahupun bahan-bahan lain. Tidak hanya wayang dari Indonesia, Muzium Wayang juga terdapat koleksi wayang dari Tiongkok, Kamboja, Suriname, Thailand dan negara lain.

d

Muzium Seni Rupa Dan Keramik

 Adalah anda merupakan pecinta seni? Jika ya, anda wajib kunjungi muzium ini. Terletak di Jalan Pos Kota No 2, Jakarta Barat, bangunanini awalnya digunakan untuk PejabatDewan Kehakiman pada Benteng Batavia.

s

 Pada tahun 1990 bangunan ini akhirnya digunakan sebagai Muzium Seni Rupa dan Keramik yang dijaga oleh Dinas Kebudayaan dan Permuziuman DKI Jakarta. Terdapat koleksi hasil karya seniman-seniman Indonesia sejak 1800-an hingga sekarang. Koleksi keramiknya menampilkan keramik dari pelbagai daerah Indonesia dan seni kreatif.