Artikel

Temui Chef Hanieliza, Saridah Hamid di Danga City Mall

oleh Roziyah pada 18 Nov 2011

Beliau akan menemui peminatnya pada 19 November ini bermula dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

Chef Hanieliza akan mengadakan demo masakan istimewa khas buat peminatnya serta sesi bertemu dan beramah mesra dengan peminat.

Selain itu, pada 26 November 2011 ini, penulis buku Young Aisyah the Series, Puan Saridah Hamid akan bertemu dan beramah mesra dengan peminat di Danga City Mall, Johor pada 26 November ini. Selain itu, beliau juga menyediakan permainan interaktif dan demo karikatur khas buat peminat ciliknya.

Sertai Pesta Buku Popular, Danga City Mall yang bermula dari 18 November 2011 hingga 28 November 2011. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan selain peluang mendapatkan buku-buku terkini keluaran PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024