Artikel

Temui Mama Fiza dalam MHI Esok

oleh Roziyah pada 24 Jan 2011

Penulis buku Hidangan Si Cilik, Puan Hafiza Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai mama Fiza akan menemui peminat buku-buku masakan dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Beliau yang menghasilkan hidangan khas buat si kecil akan berbicara mengenai buku Hidangan Si Cilik dalam MHI yang disiarkan pada 25 Januari bermula jam 8 pagi.

Saksikan dan dapatkan informasi menarik mengenai masakan sihat khas buat kanak-kanak bersama mama Fiza dalam rancangan MHI, jam 8 pagi di TV3 esok.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024