Artikel

Terjalinnya Episod Cinta: Origami Cinta

oleh Nor Adilah Riduan pada 11 Nov 2013

Sebuah beg diterbangkan ke India, sebuah beg lagi diterbangkan ke Jakarta. Insiden tertukar beg di lapangan terbang, menemukan Irfan dan Izzati.

Pertemuan pertama antara dua orang pemilik perniagaan itu seperti kucing dan anjing.

Izzati, seorang wanita moden yang berkarisma tinggi menguruskan Butik Enzaati. Irfan pula memiliki syarikat pereka hiasan dalaman.

Uniknya Irfan, dia suka membuat kapal terbang kertas. Siapa sangka takdir menemukan Irfan dan Izzati kembali.

Suka ataupun tidak, mereka berdua perlu duduk semeja menguruskan projek hiasan dalaman Datin Markisa.

Kerjasama yang terjalin antara kedua-dua mereka penuh dengan cabaran. Namun, Allah sudah menuliskan ketetapan mereka di Loh Mahfuz.

Kerjasama yang terjalin bertukar menjadi teman, tetapi mesra. Tidak ada siapa yang menjangkakan hujan pada waktu tengah hari.

Delisa, anak gadis Datin Markisa selalu mendampingi Irfan. Tanpa diduga, Ajhan yang sudah dianggap sebagai abang sendiri, datang menagih kasih Izzati. Izzati keliru!

Irfan lebih gemar membiarkan kapal terbang kertasnya berbicara. Izzati pula membawa diri ke Venice. Apakah takdir yang tertulis buat Ajhan dan Delisa?

Origami Cinta bukan sekadar menghiburkan, malah sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan, kepimpinan, dan kasih sayang sesama insan. Dapatkan Origami Cinta di pasaran sekarang!

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024