Tidak Perlu Sewa Kereta lagi, Kini Anda Boleh Ronda Langkawi Dengan Menggunakan UBER

oleh Asri Yussof pada 13 May 2017

Bagi mereka yang datang ke Langkawi untuk bercuti dan malas untuk memandu, kini anda boleh menggunakan perkhidmatan UBER atau GRAB CAR untuk kemana-mana sahaja di Langkawi. Tidak perlu lagi untuk menyewa kereta.

Perkhidmatan UBER di langkawi baru sahaja bermula pada awal April lalu. Ini suatu berita baik kepada mereka yang sering bertandang ke Langkawi. Bagi anda yang datang bercuti secara berkumpulan, menggunakan UBER sebenarnya lebih jimat daripada menyewa kereta.

uber apps

Walaupun anda menginap di Kuah, pusat bandar Langkawi dan ingin mendapatkan ‘nightlife’ di Pantai Cenang. Harga sehala dari Kuah ke Cenang, lebih kurang RM 23 - RM25. Jika dibahagikan kepada lima orang, ianya jimat.

Jika anda seorang ‘backpacker solo’ tidak digalakkan untuk mengambil UBER. Lebih jimat untuk menyewa mana-mana skuter atau motosikal di sekitar Cenang. Jangan risau, berlambak yang membuat servis sewa motor dan skuter.

Selalunya mereka yang datang ke Langkawi secara ‘backpacker’ akan memilih untuk menginap di mana-mana sekitar Cenang kerana banyak pilihan hostel yang murah-murah. Tak kurang juga hotel-hotel mewah yang ada di sekitar. Ikut citarasa masing-masing.

cenang

Tapi, satu sahaja yang teruk di Cenang, iaitu harga makan minumnya. Sangat mahal jika dibandingkan dengan harga makan di Kuah, Padang Matsirat atau di beberapa kawasan lagi. Sebab utamanya kerana Cenang adalah kawasan fokus pelancong luar.

Golongan berkeluarga mungkin lebih memilih Kuah berbanding Cenang kerana Kuah lebih pilihan kedai makan yang murah dan sedap. Banyak juga kedai untuk membeli belah coklat dan segala barang dapur.

UBER lebih mudah dan lebih cepat untuk dapat di kawasan Cenang berbanding Kuah atau di beberapa tempat lain. Mungkin kerana Cenang lebih menjadi pusat tumpuan berbanding beberapa tempat lain.

eagle

Dalam peringkat awal UBER beroperasi di Langkawi, mereka banyak menawarkan insentif yang bagus kepada pemandu-pemandu UBER sebagai usaha dan promosi untuk menambah lebih banyak pemandu dan lebih kerap memandu.

Bermula pukul 8 hingga 10 pagi, untuk semua pemandu UBER yang memandu pada waktu ini akan diberikan maksimum keuntungan RM81. Maksudnya jika pemandu hanya berjaya dapat RM51, maka UBER akan membayar lagi RM 30 kepada pemandu.

Tetapi jika pemandu sudah berjaya mendapat keuntungan lebih RM81, UBER tidak akan membayar apa-apa. Manakala pada pukul 1 hingga 4 petang, maksimum keuntungan adalah RM150.

Kepada anda yang berminat untuk memulakan perkhidmatan UBER dan mendapat duit sampingan. Anda boleh membaca dan merujuk buku ini. Klik di sini untuk membeli buku ini.

uber