Artikel

Tips Mudah Untuk Mendapatkan Haji Mabrur

oleh Fathin Hani pada 25 Jul 2017

“Haji Mabrur!”. Ia nampak ringan untuk disebut oleh lidah tetapi terlalu berat untuk meraihnya. Apa yang dimaksudkan dengan haji mabrur? Haji mabrur bukanlah sekadar haji yang sah tetapi haji mabrur adalah ibadah haji yang diterima oleh Allah swt dan akan mendapat ganjaran syurga. Apabila kita menjalani ibadah haji ,pasti kita berharap supaya dapat haji yang mabrur dan ia merupakan matlamat utama bagi setiap Muslim yang mengerjakan haji.

Masjid

Seseorang yang mendapat haji mabrur diibaratkan pulang dalam keadaan yang baru dilahirkan ibunya:

“Satu umrah kepada umrah yang lain akan menjadi penghapus dosa antara kedua - duanya. Dan haji mabrur itu, tiada balasan baginya melainkan syurga” (Hadith direkodkan dalam Sahih Al-Bukhari)

Syurga diperolehi atas rahmat dan kasih sayang Allah swt yang mengambil kira kesungguhan serta keikhlasan kita apabila melakukan ibadah. Oleh kerana mahalnya syurga sebagai ganjaran kepada haji mabrur, sudah pasti ia mempunyai syarat yang perlu dipatuhi serta dijaga.

hh

 Syarat haji mabrur yang dikongsikan oleh Ustaz Abdullah Bukhari dan Ustaz Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman dalam bukunya Ceritera Haji Wartawan Al-Quran, merangkumi beberapa perkara, iaitu;

Sebelum Menunaikan Haji

Semasa Melakukan Haji

Selepas Menunaikan Haji

Apabila segala syarat dipenuhi, insyaAllah ibadah haji yang kita kerjakan akan beroleh haji yang mabrur.

“Mereka yang mendapat haji mabrur akan berubah ke arah kebaikan dan menjadi insan yang lebih baik daripda sebelumnya. Dia tidak akan lagi mengulangi kesilapan dan dosa yang dilakukan sebelum ini.”

buku

Klik disini untuk beli buku ini sempena promosi haji

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024