Artikel

Tips Terbaik untuk Sistem Pinjaman E-Book. Anda Mungkin Tidak Mengetahuinya

oleh Arief Hakim Sani Rahmat pada 09 Jul 2015

Sebelum anda membeli e-book untuk koleksi peribadi, anda boleh cuba membaca ebook dengan cara ‘pinjam’. Ada beberapa perpustakaan awam yang menawarkan khidmat pinjaman kepada pembaca di Malaysia.

Menariknya, ada banyak juga tajuk-tajuk tempatan dalam bahasa Melayu yang boleh dipinjam dari perpustakaan virtual ini sekarang. Anda tidak perlu lagi naik kereta, bas, ataupun LRT untuk meminjam buku. Semuanya sudah ada di smartphone atau tablet anda.

Umumnya, sistem pinjaman e-book ini berfungsi mirip kepada sistem pinjaman buku bercetak.

Saya kongsikan tips bagi memudahkan anda menggunakan system pinjaman ini:

  1. Anda perlu daftar. Ada perpustakaan sediakan pendaftaran online (sangat bagus, tidak perlu hadir ke kaunter!) dan ada yang perlu hadir ke kaunter untuk daftar.
  2. Login dalam website pinjaman. Pilih buku yang mahu dipinjam. Kalau buku itu popular, anda perlu masuk barisan untuk tunggu buku itu ada. 1 naskhah e-book hanya boleh dipinjam oleh 1 pembaca, pada satu-satu masa (sama seperti buku bercetak)
  3. Download App, baca di smartphone atau tablet anda.

Nota : Saya hanya akan fokus kepada e-book tempatan sahaja dalam artikel ini. Perpustakaan ada pelbagai khidmat pinjaman digital yang lain seperti ensaiklopedia, database, majalah, akhbar dan sebagainya.


Selain itu, kita lihat perpustakaan digital yang utama untuk buku-buku tempatan;

a) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Alamat :  http://pnm.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!
Sistem pinjaman ebook PNM adalah sistem yang paling besar untuk buku tempatan. Paling banyak tajuk, tetapi ini juga yang paling sibuk. PNM aktif tambah tajuk-tajuk ebook baru setiap tahun. Baru-baru ini PNM ada menambah 1200 tajuk ebook baru kepada inventori mereka.

b) Perpustakaan Negeri Sabah
Alamat :   http://sabah.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!
Setakat yang saya tahu, ini perpustakaan negeri yang pertama memperkenalkan khidmat pinjaman ebook buku tempatan kepada pengguna.

c) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Alamat :  http://penang.elib.com.my/ 
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!

d) Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Alamat :  http://terengganu.elib.com.my/
Daftar : Pergi ke kaunter untuk mendaftar.

e) Perpustakaan Kuala Lumpur
Alamat :  http://kualalumpur.elib.com.my/
Daftar : Pergi ke kaunter untuk mendaftar.


Semoga lebih banyak perpustakaan awam akan mula tambah sistem pinjaman e-book untuk tajuk-tajuk tempatan. Berdasarkan maklumat yang saya terima, kadar pinjaman e-book tempatan adalah tinggi dan biasanya pengguna perlu beratur untuk meminjam buku-buku popular.

Perpustakaan digital adalah satu lagi channel untuk menyampaikan buku kepada pembaca yang duduk jauh dari perpustakaan. Dengan syarat mereka ada smartphone atau tablet, dan broadband internet - mereka sudah boleh jadi peminjam e-book di rumah masing-masing.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024