Artikel

Tun-M Pernah Sumbat Anwar ke Penjara, Kini Jadi Hero Bebaskan Anwar. Doa Fadzil Noor Makbul?

oleh Abdullah pada 23 May 2017

Sabtu lalu, Tun-M yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, menandatangani petisyen untuk membebaskan Anwar Ibrahim  ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ke-12.

Ramai yang menyifatkan tindakan Tun-M menandatangani petisyen bagi pembebasan Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat, sebagai lebih bermotifkan kepentingan politik semata-mata.

anwar - tun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai yang menganggap bekas perdana menteri itu ‘menganiaya’ timbalannya ketika beliau berkuasa.

“Kini apabila beliau berada di luar kekuasaan dan pembasuhan dosa ini mahu dilakukan, maka beliau mengambil langkah untuk tandatangan petisyen berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Kita juga mungkin masih ingat, Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor mendoakan supaya umur Tun-M dipanjangkan oleh Allah supaya Tun-M dengan sendirinya dapat melihat kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Apa pun yang Tun-M sedang lakukan sekarang nuansanya tetap bersifat politik. Kenyataan ini tidak dapat kita elakkan kerana keterlibatan Tun-M dengan Parti BERSATU.

MENARIK: Komen Orang Ramai Tentang Buku Tun-M

buku tun M

Tetapi ada sesuatu yang sangat menarik mengenai cara pandang Tun-M dan kerja-kerja politik antarabangsa yang telah beliau lakukan semasa hayat 22 tahun pemerintahannya, ini kita tidak boleh tolak.

Dalam buku Tun-M: Inilah Perjuangannya, beliau ada menitipkan sesuatu yang penting untuk kita,

“Kalau kita tak sedar lagi tak tahulah. Kita buat Wilayah Iskandar, nak bagi orang Singapura semua masuk kat situ? Orang Melayu berapa ramai yang boleh duduk di sana? Kalau orang Cina dari Singapura datang nak beli tanah yang berharga seratus ribu seekar dengan harga satu juga, apa yang kita boleh buat. Kita juallah tanah kita tu dan kita pergi duduk tepi hutan. Lama-lama kita terus masuk dalam hutan.”

Klik di sini untuk beli buku dengan lebih jimat.

MENARIK: Apa Perjuangan Tun-M yang Sebenar?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024