Artikel

Untuk Mengelakkan Tekanan, Lelaki Ini Terpaksa Dedahkan Tips Pembikinan Kulit Buku

oleh Mohd Zaidi Ismail pada 19 Apr 2017

Aku nak bercerita sikit mengenai pembikinan sesebuah kulit buku. Aku sebenarnya tengah sibuk sebab tengah kejar deadline Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Bagi mengelakkan rasa tertekan, baik aku tekan-tekan keyboard buat status panjang-panjang.

Rekaan kulit buku ni penting sebab ia salah satu faktor yang membuatkan sesebuah buku itu tampak ‘enak’. Tapi bahaya kalau enaknya hanya pada kulit, tetapi isinya hampa (eceh!)

zaidi

Bagaimana untuk menghasilkan kulit buku yang cantik? Cantik itu subjektif. Cantik sesebuah rekabentuk kulit buku itu bergantung pada siapa golongan sasarannya. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain.

Menetapkan Konsep

Perkara pertama bagi penghasilan kulit buku adalah penetapan konsep yang sesuai dengan golongan sasar. Tanya editor atau penulis buku tentang kandungan buku tersebut supaya kita boleh senarai panjangkan imej yang mungkin sesuai untuk kita visualkan.

zaidi

Kalau buku tu tentang ‘sejarah islam’ senaraikan segala imej yang terlintas dalam fikiran mengenai sejarah islam seperti pedang, watikah lama, perisai, kuda dan lain-lain.

Selepas itu barulah pilih beberapa imej atau satu imej untuk dijadikan imej utama di kulit buku. Saya cadangkan pilihlah imej yang catchy dan tidak klise supaya nampak lain daripada yang lain.

Lakar Dahulu

Yang ke dua, sebaiknya kita lakar dahulu beberapa cadangan susunatur tajuk, nama penulis dan imej yang terpilih pada sketch book sebelum kita buka new file pada software Adobe.

grafik

Selling Point

Yang ke tiga, bincang dengan editor apakah ‘selling point’ yang ada pada buku itu. Mungkin selling pointnya pada tajuk. Mungkin pada penulisnya atau mungkin juga pada isinya. Selling point buku itu perlu di’highlight’kan pada kulit buku.

pts

Kita boleh highlightkan salah satu element tersebut dengan cara besarkan saiz, atau pemilihan warna yang kontras supaya elemen itu lebih menonjol berbanding yang lain.

Buat Rujukan

Yang ke empat, buat rujukan di google atau pinterest atau di mana-mana website mengenai design untuk mendapatkan contoh susunatur dan visual kulit buku yang kemas.

Untuk menghasilkan kulit buku yang bersifat ‘out of the box’, perlukan lebih rujukan, lebih perbincangan dan otak yang gila-gila dan kesungguhan yang tinggi.

google

Mungkin ada cara lain lagi dalam penghasilan kulit buku, tapi di sini saya kongsikan cara dan gerak kerja yang biasa saya buat.

Mohd Zaidi Ismail adalah pereka grafik di PTS Media Group. Beliau sudah berkhidmat selama 9 tahun di PTS. Artikel ini diambil dari status facebook beliau. Dibawah adalah antara kulit-kulit buku yang telah dihasilkan oleh beliau.

kult buku

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024