Artikel

Usaha Mendapatkan Seutas Jam Antik: Tunas Super- Pocket Time

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 15 Apr 2015

Demi mendapatkan semula seutas jam poket antik daripada kedai pajak, Edrina dan Hanna bertungkus lumus bekerja. Mereka sanggup mengerah tenaga bekerja sambilan di butik dan juga pusat mencuci kereta. Ini sekalipun mereka masih lagi bersekolah.

 Malangnya, apabila wang yang dikumpul sudah mencukupi, jam poket antik itu pula sudah pun dibeli orang. Sedihnya….

Tetapi, mereka berdua tidak berputus asa. Jam poket antik itu mesti didapatkan. Edrina dan Hanna akan mencari pembeli jam itu sehingga ke lubang cacing sekalipun!
Pasti kita tertanya-tanya: Mengapa jam poket antik itu begitu penting?

Itulah misteri yang terjawab dalam buku Pocket Time tulisan Nur Erisha. Baru berumur 12 tahun, namun Erisha sudah berjaya menghasilkan buku setebal 200 mukasurat. Sekiranya kita kira-kira, kurang-kurang pun, ada 15 000 perkataan dalam buku ini. Mungkin sekali lebih.

Dalam buku Pocket Time, bukan sahaja misteri jam poket antik yang menarik minat kita. Ada ‘bubble’ comel yang memuatkan perbualan antara dua sahabat. Ada juga gambar-gambar yang membuatkan kita terus fokus mahu mengikuti kisahnya.

Itulah Pocket Time. Dijual dengan harga hanya RM13 sahaja, tanpa GST pula.



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024