Artikel

Yasin PTS dan 7 Surah Pilihan Kini Panas di Mydin Seluruh Malaysia

oleh Roziyah pada 30 Dec 2011

Kerjasama PTS dan pasaraya Mydin kini semakin erat dengan kerjasama yang dibawakan oleh PTS Edar Sdn Bhd.

Terbaru, PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan buku agama terbaik bagi dipasarkan secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

7 Surah Pilihan edisi istimewa ini dengan cover terbaru ini dibawakan khas dengan harga yang lebih murah dan dapat dibeli secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Sebelum ini juga PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan Yasin istimewa yang dapat dibeli dengan harga borong di pasaraya Mydin.

Melalui harga yang murah dan mudah didapati, buku Yasin ini boleh dijadikan sebagai hadiah dalam majlis-majlis yang diadakan seperti majlis perkahwinan, majlis tahlil dan sebagainya.

“Bulan hadapan, PTS Edar juga akan mengedarkan 6 lagi buah buku kepada ‘Muslimin Department’ di MYDIN. Buku-buku ini sedang dalam proses ‘printing’ dan ‘packing’. Insyaallah akan ada lebih banyak lagi buku yang akan PTS Edar edarkan di MYDIN,” jelas pengurus PTS Edar Sdn Bhd, Tuan Ahmad Ridza Jailani.

Buku Yasin edisi istimewa Mydin ini kini boleh diperolehi di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Dapatkan dan borong buku Yasin serta buku 7 Surah Pilihan yang dijual di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024