Artikel

Yusuf Al-Qaradhawi: Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf

oleh Hairul Faizal Adli bin Ab Ghani pada 18 Aug 2014

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna.

Isu yang dibincangkan dalam usul-usul itu menjadi perselisihan antara ulama salaf dan ulama khalaf. Antaranya adalah isu sifat Allah yang disebut dalam al-Quran dan hadis, karamah para wali, serta hukum menziarahi kubur.

Salaf atau lebih dikenali sebagai “ulama terdahulu” adalah generasi awal yang hidup pada tiga kurun pertama selepas kelahiran Nabi Muhammad saw. Salaf terdiri daripada sahabat, tabi’in, dan tabi’tabi’in.

Khalaf atau lebih dikenali sebagai “ulama terkemudian”, adalah mereka yang hidup selepas tahun 300 Hijrah. Dengan mengambil pandangan wasatiyyah berdasarkan Al-Quran, hadith serta pandangan ulama terkenal seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, dan Imam Al-Ghazali, buku ini menghuraikan secara terperinci perihal empat isu utama yang menjadi perselisihan antara ulama salaf dan khalaf.

Sesiapa yang berijtihad dalam mengenal agama Allah swt, padahal mereka adalah ahli ilmu, mereka mencari kebenaran. Mereka sentiasa dalam lingkungan golongan yang mendapat satu atau dua pahala. Satu pahala jika ijtihad mereka salah dan dua pahala jikalau ijtihad mereka benar.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024