Buku

40 Hadis Palsu dan Lemah Popular - Edisi 2016

oleh A. Razak A. Muthalib

RM 14.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-411-745-0

Muka Surat: 224

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 31 Mar 2016

Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi  mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini. Begitu juga dengan hadis lemah yang tidak boleh dijadikan hujah.

Buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular - Edisi 2016 ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu dan lemah yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu dan lemah ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

BAHAGIAN 1 : PENGENALAN


Bab 1 : Mengenali Hadis 
Bab 2 : Hadis Sahih 
Bab 3 : Hadis Hasan 
Bab 4 : Hadis Dhaif 
Bab 5 : Hadis Maudu’


BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR


Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China 
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian 
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya 
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk 
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran

Hadis 6 : Solat Dengan Berserban 
Hadis 7 : Solat Sunat Malam Raya 
Hadis 8 : Solat Ragha’ib Bulan Rejab 
Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih 
Hadis 10 : Mengusap Mata Semasa Laungan Azan 
Hadis 11 : Kelebihan Puasa Sunat Rejab 
Hadis 12 : Kelebihan Puasa Asyura 
Hadis 13 : Abdul Rahman bin Auf Masuk Syurga
Merangkak 
Hadis 14 : Anak Zina Tidak Masuk Syurga 
Hadis 15 : Jihad Hati 
Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat 
Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu 
Hadis 18 : Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia
Kenal Tuhannya 
Hadis 19 : Menghidupkan Malam Israk Mikraj 
Hadis 20 : Rejab Bulan Allah 
Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin 
Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran 
Hadis 23 : Cintakan Negara 
Hadis 24 : Bekerja Untuk Dunia 
Hadis 25 : Kelebihan Solat Dhuha 
Hadis 26 : Berjabat Tangan Boleh Masuk Syurga 
Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat 
Hadis 28 : Talak Menggegarkan Arasy

Hadis 29 : Dunia Itu Ladang Akhirat 
Hadis 30 : Tidak Menziarahi Nabi Ketika Haji 
Hadis 31 : Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik 
Hadis 32 : Bercakap Urusan Dunia Dalam Masjid 
Hadis 33 : Meraikan Maulid Nabi 
Hadis 34 : Amalan Khas Nisfu Sya’ban 
Hadis 35 : Menzirahi Kubur Pada Hari Jumaat 
Hadis 36 : Membaca Doa Awal Dan Akhir Tahun 
Hadis 37 : Nur Muhammad 224
Hadis 38 : Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri 
Hadis 39 : Kisah Alqamah Si Anak Derhaka 
Hadis 40 : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah
dan Ulamak Baik


BAHAGIAN 3 : APA YANG PERLU DILAKUKAN


BAB 1 : Tip dan Panduan 
BAB 2 : Rumusan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024