5 Kisah Seram Di Asrama
oleh Olvidado Shakur


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-89-7

Tarikh Terbit: 3 May 2016

Jumlah Muka Surat: 140


Versi eBook

Belum Terbit


Kalau  asrama  tak  ada  cerita  hantu,  memang  bukan  asramalah  namanya.  Sedangkan asrama  tahfiz  pun  ada  kisah  seramnya  yang  tersendiri.  Ini  kerana  asrama  adalah  antara  10 tempat  yang  paling  popular  dengan  cerita  hantu  dan  seram.  Yang  ada  cerita  cinta  tu  bukan asrama, dik! Itu asmara namanya. Jadi mohon jangan tersilap di situ.

Penulis buku ini cuba untuk menyampaikan 5 kisah seram di asrama dengan cara yang tidak  klise...  yang  mana  setiap  cerita  akan  berakhir  dengan  cara  yang  kau  susah  nak  agak. Setiap kisah dipilih dan diolah dengan bersungguh-sungguh oleh penulis, supaya kau tak rasa rugi beli buku ini.

Di dalam buku  ini  kau  akan  melihat  dengan  jelas,  bagaimana  hantu  zaman  sekarang  sudah semakin kreatif nak menyakat manusia  sampai pengsan  atau terkencing dalam seluar. Hantu-hantu   di   dalam   buku   ini   mahir   dalam   menggunakan   barang-barang   popular   di kalangan pelajar asrama.

Namun selain dari semua kisah seram, terdapat juga pengajaran yang kau boleh ambil buat pedoman hidup. Jadi  kalau  kau  nak  tahu  cerita-cerita  baru  tentang  betapa  seramnya  tempat  yang dipanggil asrama, pecahkan duit tabung dan beli buku ini sekarang!

Buku Berkaitan


Berita

Benarkah Semua Asrama Ada Hantu?
ditulis oleh Izzati Nadia Zi

Pengalaman tinggal di asrama adalah sebuah pengalaman yang sukar dilupakan. Mana mungkin kita... Selanjutnya»

Awas! Tidak Semua Perkhemahan Itu Menyeronokkan
ditulis oleh Izzati Nadia Zi

Perkhemahan adalah satu aktiviti yang menarik, terutamanya apabila perkhemahan tersebut disertai... Selanjutnya»

Benarkah Ada Hantu di Perpustakaan?
ditulis oleh Syifa Wan

Ulat buku? Gemar ke perpustakaan? Buat peminat kisah seram, anda pasti meminati siri terbaru Blank... Selanjutnya»

Menelusuri Alam Mistik: 5 Kisah Mistik dan Misteri
ditulis oleh Izzati Nadia Zi

Khas kepada para peminat buku bergenre seram, kali ini Blank Book Sdn. Bhd. baru sahaja... Selanjutnya»


Errata