50 Tip Motivasi Haji
oleh Muhd Kamil Ibrahim, Roza Roslan


Versi Cetak

RM14.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 16.00
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-366-069-8

Tarikh Terbit: 30 Apr 2011

Jumlah Muka Surat: 216


Versi eBook

RM 8.99

Format: EPUB / PDF
e-ISBN: 978-967-366-179-4
Tarikh Terbit: 14 Sep 2012


“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?”
 Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?”
“Solat dan bermunajat di luar khemah”
“Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan”
“Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk”
“Khemah sempit, tidak selesa” 

Ya benar, secara umumnya ibadah haji tamat dengan tawaf wida'. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair?
Tip-tip yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikan luar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilai santai dan bersahaja. 

Apa kata mereka?

Kata Pengantar

Kesyukuran 

Catatan Pengarang

Prolog Muhd Kamil Ibrahim

Prolog Roza Roslan

Tips 1 Terbuka hati dan minda

Tips 2 Bila hati terbuka

Tips 3 Terbaik

Tips 4 Kematian

Tips 5 Ia hanya sekali

Tips 6 Berubah

Tips 7 Berdoalah

Tips 8 Bertaubat

Tips 9 Memahami asas haji

Tips 10 Falsafah haji

Tips 11 Belajar istiqamah

Tips 12 Menduakan Allah

Tips 13 Mencari tenaga

Tips 14 Tuan Haji

Tips 15 Tiada siapa yang tertinggal

Tips 16 Dua kali ganda

Tips 17 Ajarlah mereka

Tips 18 Tidur masa Malaysia

Tips 19 Membuat pilihan

Tips 20 Mengatur jadual

Tips 21 Aku selamat

Tips 22 Cinta mendalam

Tips 23 Madinah

Tips 24 Tidak sihat

Tips 25 Jangan tipu Allah

Tips 26 Tandas

Tips 27 Takut pada ramai

Tips 28 Berpuasa tahap tinggi

Tips 29 Mengingati Allah

Tips 30 Cucu Tok Kenali

Tips 31 Menjaga hubungan

Tips 32 Berbuat baik

Tips 33 Uzur seorang wanita

Tips 34 Pakaian

Tips 35 Beg pakaian

Tips 36 Mata, telinga dan lidah

Tips 37 Doakan mereka

Tips 38 Rakan sebilik

Tips 39 Wuduk

Tips 40 Aurat

Tips 41 Menuntut ilmu

Tips 42 Shopping

Tips 43 Cenderamata istimewa

Tips 44 Berniaga

Tips 45 Katakan Tidak untuk lepak-lepak

Tips 46 Rokok

Tips 47 Rujukan

Tips 48 Manusia sibuk

Tips 49 Jangan terlalu ria

Tips 50 Ilmu yang bermanfaat

Monolog

Bacaan Terpilih

Buku Berkaitan


Berita

Wanita Ini Tidak Dapat Melihat Kaabah Walaupun Kaabah Di Hadapan Matanya
ditulis oleh Fathin Hani

Makkah ialah kota yang paling suci bagi umat Islam. Sekurang kurangnya sekali seumur hidup umat... Selanjutnya»

Sahabat ialah Anugerah Daripada Tuhan: Hadiah Buat Sahabat- Dua Wajah Dua Minda
ditulis oleh Khairul Aswad Khairul Anuar

Anda pernah atau masih mempunyai sahabat sejati? Seorang sahabat yang akan ada di saat anda... Selanjutnya»

Bingkisan buat Generasi Muda: Hadiah Buat Anak
ditulis oleh Noor Hidaya Arshad

Kata pepatah, ‘sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan’. Fahaman... Selanjutnya»

Seruan Haji @ PTS : Jemputan Cinta daripada Tuhan
ditulis oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid

Sempena musim haji yang bakal tiba, syarikat penerbitan dan pengedaran buku PTS akan mengadakan... Selanjutnya»


Errata

TIP 46: JAUHI ROKOK

"Ramai manusia merokok. Di Malaysia, harga rokok sentiasa meningkat hampir setiap kali bajet kerajaan dibentangkan. Namun, ia tidak menghalang mereka yang merokok meneruskan kegiatan merokok. Ramai yang cuba berhenti kerana harga rokok naik tetapi kebiasaannya tidak bertahan lama. Ramai juga yang cuba berhenti kerana leteran isteri, juga tidak mampu meneruskannya. Akhirnya berhenti sekejap kemudian kembali menjadi seorang perokok. Ia berulang-ulang.

Saya juga bekas perokok. Dulu-dulu, saya mulai hari dengan menyedut Lucky Strike tanpa penapis. Pall Mall, Malboro, Dunhill, Salem dan Camel adalah jenama rokok yang pernah saya sedut. Perokok tegar hampir 20 tahun. Saya benar-benar memahami betapa sukarnya membuang tabiat merokok. Dalam tempoh 20 tahun menjadi perokok, tidak kurang daripada lima kali saya cuba membuang tabiat tersebut. Ramai memberi petua, "Mulai pada bulan Ramadan, Insya Allah akan berjaya.” Ada juga yang menasihatkan, “Berhentilah secara beransur-ansur, lama kelamaan ia boleh dihapuskan.” Saya tidak berjaya. Paling lama bertahan hanya sebulan. Seolah-olah saya tidak mempunyai kekuatan. Malah saya membiarkan diri tanpa berusaha melawan keinginan merokok terutamanya apabila berada bersama sahabat handai yang juga kaki merokok.

Akhirnya, saya berhenti merokok enam bulan sebelum berlepas ke tanah suci. Bagaimana? Hati saya terdetik berhenti merokok apabila mendapat e-mel daripada adik sendiri, 

“Abang, tahniah kerana dapat menunaikan fardu haji. Bagi mendapatkan haji yang mabrur, perkara wajib jangan ditinggal, yang sunat diperbanyakkan, perkara makruh jangan dibuat dan perkara haram hendaklah ditinggal.”

Kenyataan ringkas tetapi membuat saya berfikir. Lalu saya memilih “berhenti merokok” sebagai lambang meninggalkan perkara yang makruh. Ia tanda saya bersungguh-sungguh mahu menjadikan ibadat haji sebagai mengubah sempadan iman. Maksudnya, saya berjanji kepada Allah untuk tidak merokok lagi bukan atas sebab-sebab yang lain.

“Ya Allah, inilah janjiku kepadamu. Inilah tanda aku ingin berubah, ya Allah. Aku berhenti merokok ini semata-mata keranamu, ya Allah. Ya Allah, kau bantulah daku. Berikanlah kekuatan kepada ku.” Jika saya merenung diri, meneliti kembali proses menunaikan fardu haji yang saya alami, saya fikir ia banyak mengubah perjalanan kehidupan. Allah benar-benar memberi bantuan.

Alhamdulillah, sehingga kini janji itu masih dibantu Allah!

Menunai fardu haji bukan semata-mata melibatkan perhubungan manusia dengan Allah. Ia juga melibatkan perhubungan dengan alam, haiwan dan yang paling utama sesama manusia.

Bayangkan suasana Makkah yang padat dengan kebanjiran manusia pada musim haji. Bayangkan pula suasana bilik di hotel yang padat dengan rakan sebilik. Majoriti jemaah Malaysia berhadapan dengan bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang tetapi menjadi enam ataupun tujuh orang. 

Kaki bertemu kaki. Kadangkala kepala bertemu kepala.

Bayangkan juga bagaimana bilik kita dipenuhi dengan mereka yang tua, berpenyakit dan memerlukan penafasan segar. Buat perokok, pertimbangkanlah keadaan yang saya catatkan di sini.

Jaga perhubungan sesama manusia. Usah merokok di bilik. Elakkan daripada campak puting rokok di dalam bilik air. Habuk-habuk jangan dijentik merata-rata.

Atau bagaimana jika kita berhenti merokok sejurus menjejakkan kaki di Kota Makkah ataupun Madinah. Ia mungkin menjadi kenangan yang kekal selamanya!

Rokok haram di Makkah. Walau bagaimanapun, ia mudah dicari ibarat membeli jubah atau abaya. Malah orang merokok tanpa segan silu. Langsung tidak memikirkan sekeliling mereka. Jika rokok makruh di Malaysia, haram di  Makkah, dan ia memudarat dan menyusahkan ramai orang. Agak-agaknya, bagaimana nilai haji kita jika masih menghembuskan asap ke udara.

Tip kami, perubahan yang ingin dilakukan kerana Allah, tentunya dibantu oleh Allah yang maha berkuasa. Kekuatan melakukan perubahan hanya dapat dilakukan dengan kemahuan jitu yang diberi pertolongan olehnya.

Berdoalah dengan sesungguh doa. 

Berhenti merokok boleh menjadi simbol utama yang kita serius ingin berubah!