Aku Mahu Banglo Pink
oleh Ain Maisarah, Alam Anuar


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-36-7

Tarikh Terbit: 24 Apr 2014

Jumlah Muka Surat: 280


Versi eBook

Belum Terbit


Kisah bermula apabila pemilik Banglo Pink, Tan Sri Hisham mahu menjualnya kerana penyewanya seorang nenek bernama Elizabeth telah meninggal dunia dan sebab lain, kerana usia Banglo Pink yang sudah lama. Fasha The Wannababes mahu memiliknya.

Konflik berlaku apabila Tan Sri Hisham dan anaknya Fasha tidak tahu bahawa terdapat anak-beranak yang tinggal di Banglo Pink. Seorang watak utama, Asma dan ayahnya Encik Bustani. Mereka berdua dapat tinggal di Banglo Pink kerana ehsan Nenek Elizabeth yang membenarkan mereka menumpang bersama.

Sekolah Sri Bangsar ketika itu, mempunyai cikgu jemputan dari England, Teacher Olivia bertindak membantu program pendek sekolah. Iaitu kelas membaiki komunikasi bahasa Inggeris pelajar-pelajar. Mengurangkan penggunaan bahasa rojak dikalangan pelajar.

Fasha yang telah memiliki Banglo Pink atas pujukan ke atas ayahnya, terus mengadakan parti teh di Banglo Pink untuk pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar. Semata-mata mahu menunjukkan dia satu-satunya remaja dan pelajar yang mempunyai banglo sendiri. Asma ketika itu terpaksa menyamar jadi orang gaji Banglo Pink. Semasa parti teh berlangsung, Asma dan rakannya cuba sabotaj parti tersebut, malangnya tidak berjaya. Tetapi jiran-jiran Fasha secara tidak langsung merosakkan parti teh tersebut.

Fasha dan The Wannababes yang penat mengadakan parti teh, bermalam di Banglo Pink. Asma dan rakan-rakannya cuba menjadikan Banglo Pink sebagai banglo berhantu. Asma dan rakan-rakannya berjaya menakutkan dan menghalau The Wannababes.

Buku Berkaitan


Berita

Pertemuan Dua Musuh Di Kota Cinta Membawa Seribu Hikmah
ditulis oleh `Ismah Maisarah AMY

Bienvenue a Paris! Selamat Datang ke Paris. Paris. Destinasi pelancongan terkenal dengan... Selanjutnya»

Siapa Dia Cikgu Paling Berhantu?
ditulis oleh Khairul Aswad Khairul Anuar

Memegang buku ini di kedai buku boleh mendatangkan kemusykilan dalam diri. Adakah anda mencari buku... Selanjutnya»


Errata