Aku Mahu Jadi Hijabistar
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-35-4

Tarikh Terbit: 24 Apr 2014

Jumlah Muka Surat: 272


Versi eBook

Belum Terbit


Aku Mahu jadi Hijabistar merupakan sambungan kisah Farah dan Ina iaitu watak utama dalam Siri Aku Mahu : Aku Mahu Popular. Dalam Aku Mahu Popular, Farah dan Ina telah terjebak dengan aktiviti pengintipan di Kelab Malam The Glitters. Sambungan daripada kisah itu, Amir iaitu abang Ina telah membuat perjanjian tiga penjuru bersama Farah dan Ina untuk mula memakai tudung.

Farah dan Ina mula memakai tudung dalam keterpaksaan. Tanpa disangka-sangka, mereka telah dipanggil oleh Ustazah Jamilah dan Cikgu Aini untuk dilantik sebagai Ikon Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Sekolah Sri Bangsar. Mereka juga diminta menulis tip dan pengalaman penghijrahan mereka di kolum Portal Sri Bangsar agar dapat dikongsikan bersama seluruh warga Sri Bangsar.

Farah dan Ina telah menerima tawaran tersebut dengan harapan untuk menyambung impian mereka untuk menjadi popular dalam situasi yang berbeza.

Di samping itu, mereka telah merangka TO-DO-LIST in order to be A Hijabistar. Pelbagai strategi telah dirancang untuk menjadi popular sebagai seorang pemakai hijab. Antaranya ialah mengumpul gambar terbaik untuk dimuat turun bersama dengan penulisan di portal.

Strategi-strategi yang dirancang banyak kecundang di hujung jalan. Klimaks TO-DO-LIST berlaku sewaktu mereka meluangkan waktu hujung minggu di Sunway Lagoon bersama dengan rakan-rakan sekolah bagi aktiviti hujung tahun mereka sebelum menduduki peperiksaan SPM. Di situ, Farah dan Ina telah mengaibkan diri mereka sendiri tanpa sedar dengan berlakunya insiden-insiden kecil yang telah disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook dan menjadi topik hangat di laman portal sekolah. 

Setelah berlakunya insiden tersebut, Farah dan Ina telah dihentam teruk. Pembaca-pembaca mereka di laman portal hilang hormat terhadap mereka. Mereka juga dipandang serong di sekolah. Akhirnya mereka mengundur diri kerana insaf dek tohmahan yang dilemparkan. Mereka telah menukar personaliti ke arah yang lebih baik. Farah dan Ina turut membuat ucapan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh warga Sri Bangsar.

Walau bagaimanapun, secara tidak disangka-sangka, Ustazah Jamilah dan Cikgu Aini tetap memilih mereka sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Sekolah Sri Bangsar. Mereka akhirnya berazam untuk menjadi hijabistar terbaik di dunia dan akhirat.

Buku Berkaitan


Berita

Impian Setiap Gadis untuk Menjadi Ahli Kelab The Wannababes!
ditulis oleh Khairul Aswad Khairul Anuar

Kuku Kim Kardashian telah patah dua minit lepas di Amerika, tetapi anda sudah mendapat informasi... Selanjutnya»


Errata