Aku Mahu Jadi Novelistar
oleh Ain Maisarah, Jumie Jain


Versi Cetak

RM16

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 18
Format: Trade Book
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5

ISBN-13: 978-967-0411-14-9

Tarikh Terbit: 25 Apr 2013

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Alif Askandar (Al) : Saya suka menulis! Jika menulis FB, status saya panjang berjela. Jika menulis blog, sampai berpecah-pecah bahagian mahu habiskan cerita. Oh, saya memang suka menulis dan mahu jadi novelis!

Bella Askandar (Bel): Saya kembar Al. Saya tidak suka menulis… tetapi suka sangat berangan! Kalaulah saya jadi puteri raja. Kalaulah saya jadi artis terkemuka. Kalaulah saya boleh jadi sehebat Miley Cyrus! Kalaulah saya boleh jadi superstar!

Cempaka Lestari (Cel): Saya pula teman akrab Al dan Bel. Kami trio tiga sekawan ~ A-B-C! Jadi saya akan tetap menyokong usaha mereka mahu jadi penulis superstar ataupun NOVELISTAR!

Tiga orang sahabat rapat ini adalah tiga orang remaja yang mahu jadi penulis novelis terhebat. (Hurmm… kecuali Bel yang sebenarnya mahu jadi super star)

Namun mereka tidak menyangka, laluan menjadi novelistar bukanlah mudah. Ianya laluan berlubang, senget-benget dan bagaikan jalan di batu kelikir. Halangannya banyak, cubaannya besar! Karya mereka dikritik, bakat dipertikai dan manuskrip dicetak rompak! Mampukah mereka bertahan? Mampukah mereka jadi NOVELISTAR?

Buku ini di bawah siri Aku Mahu...

Buku Berkaitan


Berita

Impian Setiap Gadis untuk Menjadi Ahli Kelab The Wannababes!
ditulis oleh Khairul Aswad Khairul Anuar

Kuku Kim Kardashian telah patah dua minit lepas di Amerika, tetapi anda sudah mendapat informasi... Selanjutnya»

Kasih Tanpa Syarat: Aku Mahu Adik Manja
ditulis oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto

“Kasut awak lusuh macam lap kaki!” “Awak busuk macam timbunan sampah!” Saban hari melalui hinaan... Selanjutnya»


Errata