Aku Mahu Jadi Selfiestar
oleh Ain Maisarah, Hazira Hanapi


Versi Cetak

RM16

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-42-2

Tarikh Terbit: 24 Apr 2015

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Aku Mahu jadi Selfiestar merupakan sambungan kisah Airin dan Nur Haness iaitu watak utama dalam Siri Projek : Projek Fesyen Ain Maisarah. Dalam Projek Fesyen Ain Maisarah, Airin dan rakan-rakan telah banyak membantu Nur Haness dalam usaha meraih hadiah kemenangan penerbangan ke Dubai dalam Pertandingan Busana Muslimah sempena Minggu Kesenian dan Kebudayaan Islam peringkat Sekolah Sri Bangsar.

Setelah Nur Haness pulang dari Dubai, gaya hidupnya semakin berubah. Nur Haness menjadi semakin aktif berkongsi pengalamannya di Dubai, termasuk menyaksikan persembahan fesyen busana muslimah daripada pereka-pereka fesyen terkenal di seluruh dunia. Secara tidak langsung, perkongsian pengalaman dan tips daripada Nur Haness menyebabkan pertambahan jumlah pengikutnya di laman sosial Instagram dan Twitter.

Tanpa disangka, Airin rupanya cemburu dengan perubahan diri kawan baiknya itu, lantas berazam mahu menjadi lebih dikenali daripada Nur Haness. Dalam pada Airin selalu mengambil gambar baru bagi akaun Instagram-nya dengan cara berselfie, salah seorang peminat rahsianya mula memuji-muji kecomelan Airin. Dari situ tercetuslah idea Airin untuk menjadi seorang selfiestar.

Pelbagai usaha selfie dilakukan oleh Airin demi mendapatkan perhatian daripada pengikut-pengikut baru. Dia makin seronok apabila dipuji comel dan cantik kerana sesungguhnya dia memang mempunyai kulit licin semula jadi tanpa ada masalah jerawat dan jeragat. Airin juga telah mencuba rawatan-rawatan tradisional di rumah bagi mengekalkan kehalusan kulit wajahnya demi untuk berselfie!

Semakin lama, Airin menjadi semakin obses dengan selfie. Dia juga mengikut senarai yang perlu dikecapi demi menjadi seorang selfiestar yang dikenali, antaranya berselfie dengan latar belakang persekitaran yang jarang-jarang diambil orang, dan berkongsi tips kecantikan. Obsesi Airin akhirnya memakan diri sendiri kerana gambar-gambarnya digunakan pihak tertentu untuk dijadikan model produk kecantikan. Airin telah menjadi mangsa jenayah siber!

Di samping itu, persahabatan Airin dengan Nur Haness turut retak disebabkan jarak yang tercipta dalam usaha Airin ingin mendapatkan pengikutnya tersendiri demi bersaing dengan Nur Haness. Kulit wajahnya juga menjadi teruk akibat penggunaan bahan asli tanpa kawalan.

Buku Berkaitan


Berita

Impian Setiap Gadis untuk Menjadi Ahli Kelab The Wannababes!
ditulis oleh Khairul Aswad Khairul Anuar

Kuku Kim Kardashian telah patah dua minit lepas di Amerika, tetapi anda sudah mendapat informasi... Selanjutnya»


Errata