Aku Mahu Jadi The Wannababes
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-59-0

Tarikh Terbit: 24 Apr 2015

Jumlah Muka Surat: 280


Versi eBook

Belum Terbit


Kisah bermula apabila ahli kedua tertinggi The Wannababes iaitu Shasha terpaksa menjalani perintah ayahnya iaitu Dato’ Saidini agar menyertai program pertukaran pelajar ke Vietnam selama 2 bulan. Ketiadaan Shasha telah membuatkan kehidupan Fasha, iaitu teraju utama The Wannababes menjadi tidak keruan. Setelah dipengaruhi oleh Fazura, dia akhirnya bersetuju untuk megambil ahli baru bagi menggantikan posisi Shasha buat sementara waktu. Berita itu sangatlah mengejutkan ahli-ahli The Wannababes yang lain.

Hakikatnya, bukan itu yang diharapkan Fazura. Dia mahu dirinya yang diangkat sebagai penganti Shasha. Namun sebagai ahli biasa,dia terpaksa akur dengan keputusan Fasha. Maka bermulalah siri pencarian ahli ke-8 The Wannababes. Mereka telah menetapkan syarat-syarat khas bagi pemohon yang ingin mendaftar sebagai ahli. Kelayakan pemohon juga ditapis dan sesi ujibakat secara temu duga telah diadakan. Akhirnya, seorang calon paling sesuai telah ditemui dan diiktiraf sebagai ahli The Wannababes yang ke-8.

Kehadiran ahli baru yang berperangai lebih sudu dari kuah itu menimbulkan rasa kurang senang terhadap Fazura. Semenjak ahli baru tersebut memasuki The Wannababes, dia seolah-olah sengaja hendak menyakitkan hati Fazura. Konflik bermula apabila Fazura dan ahli baru tersebut bertikam lidah sehingga bercakaran dan menyebabkan Fazura dibuang daripada The Wannababes oleh Fasha. Fazura menjadi geram lalu berikrar untuk membalas dendam dan mendedahkan identiti sebenar ahli baru yang tidak sedar diri itu.

Apakah nasib yang menimpa Fazura? Apakah yang bakal terjadi kepada The Wannababes? Siapakah pelajar misteri yang berjaya memecahkan tradisi membolosi kumpulan paling sensasi di Sri Bangsar itu? Semuanya bakal terjawab di dalam ‘Aku Mahu Jadi The Wannababes’

Buku Berkaitan


Berita

Impian Setiap Gadis untuk Menjadi Ahli Kelab The Wannababes!
ditulis oleh Khairul Aswad Khairul Anuar

Kuku Kim Kardashian telah patah dua minit lepas di Amerika, tetapi anda sudah mendapat informasi... Selanjutnya»

Ratu Selfie: Aku Mahu Jadi Selfiestar
ditulis oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto

Kepulangan Haness dari luar negara menjadikan dia semakin popular dalam kalangan pengikut media... Selanjutnya»


Errata