Aku Mahu Ke Paris
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM15

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 17
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-82-8

Tarikh Terbit: 29 Apr 2016

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Paris! Kota impian penuh angan-angan. Buatkan ramai teruja dan jatuh hati dengan keindahan kota cinta.

Farah Aryani turut merancang ke Paris selepas tamat SPM. Nekad sangat walaupun hasratnya ditentang keluarga. Sampai sanggup merajuk ke rumah kawan selama 3 hari 3 malam! Sudahnya, terpaksalah diturut kehendak anak tersayang.

Walaupun membenarkan, ibu bapa Farah tidak sedap hati mahu melepaskan anak dara berjalan seorang. Lalu disuruh Kak Wati, bibik setia agar turut serta. Farah pasrah... jika tidak, melepaslah peluang mahu melancong ke tempat impian.

Di Paris, pelbagai dugaan menimpa. Pakej pelancongan yang dipilih tidak menyeronokkan. Kak Wati pula menambah garam ke atas luka dengan tidak berhenti merungut dan membebel sahaja. Percutian ke Paris tidaklah seindah yang disangka!

Takdir menemukan Farah dengan Fasha, ketua The Wannababes yang merupakan musuh ketat ketika zaman sekolah. Kedua-duanya terkandas di Paris atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah Farah berhadapan dengan musuh utamanya? Apakah masalah yang menimpa mereka berdua? Dapatkah akhirnya pulang ke Malaysia? Semuanya terjawab dalam AKU MAHU KE PARIS, novel cuti-cuti kelam-kabut yang kelakar ceritanya!

Buku Berkaitan


Berita

Pertemuan Dua Musuh Di Kota Cinta Membawa Seribu Hikmah
ditulis oleh `Ismah Maisarah AMY

Bienvenue a Paris! Selamat Datang ke Paris. Paris. Destinasi pelancongan terkenal dengan... Selanjutnya»

Pembongkaran Rahsia di Sebalik Diari Merah Jambu
ditulis oleh `Ismah Maisarah AMY

Untuk pengetahuan buat semua Blinkers, Blink Book Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah lagi karya... Selanjutnya»

Si Gedik Menjadi Seoulvivor? Mampu?
ditulis oleh Syifa Wan

Sambutan hari lahir bertukar tragedi? Sweet 17 bertukar memori duka? Tidak! Bagi peminat kisah Aku... Selanjutnya»

Kuasa Spek Mata Yang Merubah Hidup Seorang Gadis Bernama Syaza
ditulis oleh Izzati Nadia Zi

Fasa remaja adalah fasa seseorang itu akan mengalami pelbagai perubahan emosi, mental, dan... Selanjutnya»


Errata