Anarkis
oleh Khairul Nizam Khairani


Versi Cetak

RM25

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 4.5"x7.25"

ISBN-13: 978-967-369-321-4

Tarikh Terbit: 22 Mar 2016

Jumlah Muka Surat: 400


Versi eBook

RM 9.90

Format: EPUB / PDF
e-ISBN: 978-967-369-332-0
Tarikh Terbit: 8 Mar 2016


Sarjan Awai Anak Gamung adalah salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan di Bosnia di bawah misi IFOR. Kerana terlalu mengikut perasaan, Sarjan Awai telah bertindak di luar batasan dengan membunuh seorang jeneral pasukan tentera Serbia, Jeneral Revan Tanovic. Akibat diburu rasa bersalah atas tindakannya yang melampaui batas, Sarjan Awai telah meringkuk di dalam penjara di Croatia selamat lima tahun sebelum Angkatan Tentera Malaysia berjaya menemuinya dan membawanya pulang ke Malaysia. Namun dosa lampaunya masih terus memburu apabila kerajaan Britain menghantar wakilnya ke Malaysia iaitu Sir Anthony Morse dan ejen MI5, Andrew Doyle untuk menyiasat kematian salah seorang anggota skuad elit SAS British yang dipecayai maut akibat tindakan Sarjan Awai di Bosnia.

Sarjan Awai telah bersedia untuk mengakui kesilapannya, namun berlaku satu perkara yang mengubah segala-galanya. Kematian Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur, peguam yang bertanggungjawab membela Sarjan Awai yang dibunuh dengan kejam. Kini Sarjan Awai menjadi suspek utama. Cif Inspektor Kamarul Zaman yang menggalas tugas menyiasat pembunuhan Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur berpendapat kemungkinan Sarjan Awai mengalami tekanan mental dan telah hilang kewarasan. Namun dalam usahanya untuk membongkar perkara sebenar, dia mendapati terdapatnya penglibatan bekas anggota elit SAS dengan kematian Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur. Namun tanpa bukti yang kukuh Sarjan Awai masih lagi menjadi suspek utama dan dengan kemahiran serta pengalaman dalam bidang ketenteraan, Sarjan Awai kini dianggap sebagai suspek yang sangat berbahaya. Seorang yang mampu mencetuskan huru-hara. Seorang anarkis!  

.

Buku Berkaitan


Berita

Novel Anarkis Bawa Latar Peperangan Di Bosnia dan Konsep Militer
ditulis oleh Asri Yussof

Novel ANARKIS dan Anarkis Bangkit yang ditulis oleh Tuan Khairul Nizam Khairani dan diterbitkan... Selanjutnya»

Pendedahan Kebenaran: Anarkis
ditulis oleh Siti Zulfatihah Zahari

Novel Anarkis ini, sarat dengan misteri penyiasatan yang dibongkarkan satu per satu melalui teknik... Selanjutnya»

Penerokaan Galaksi:Opera Angkasa
ditulis oleh Hafiz Hafifi Hassan

Novel sains fiksyen ini diadun dengan pelbagai saduran elemen daripada filem-filem sains fiksyen.... Selanjutnya»


Errata