Buku

As-Syamail Al-Muhammadiyah - Edisi Kemas Kini Harga Ekonomi

oleh Imam Tirmizi, Muhammad Masnur Hamzah

RM 38.00 / RM 41.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-411-896-9

Muka Surat: 504

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 14 Oct 2016

Kategori: Islam, Al-Hadis

Daripada penterjemah:

Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah.

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

  • Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh.
  • Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi.
  • Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah)
  • Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
  • Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
  • Syeikh Prof. Dr, Ali Jum’ah
  • Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
  • Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
  • Syeikh Dr. Ahmad Yusri
  • Syeikh Dr. Abdurrahman al-‘Adawiy
  • Syeikh Ibrahim Abdul Ba’its al-Kattani
  • Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
  • Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

    Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

    Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir.” Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

    Kaherah, Rabi’ul Awwal 1431 H.

    al-faqir ilâ ‘afwi wa rahmati Rabbihî

    Muhammad Masnur Hamzah

    1 Fizikal Rasulullah
    2 Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah
    3 Rambut Rasulullah
    4 Cara Rasulullah Merapikan Rambut
    5 Uban Rasulullah
    6 Semir Rambut Rasulullah
    7 Celak Mata Rasulullah
    8 Pakaian Rasulullah
    9 ‘Isy Rasulullah
    10 Kasut Rasulullah
    11 Sandal Rasulullah
    12 Cincin Rasulullah
    13 Cara Rasulullah Memakai Cincin
    14 Pedang Rasulullah
    15 Baju Besi Rasulullah
    16 Topi Besi Rasulullah Ketika Perang
    17 Serban Rasulullah
    18 Kain Sarung Rasulullah
    19 Cara Rasulullah Berjalan
    20 Kain Penutup Kepala
    21 Cara Rasulullah Duduk
    22 Tempat Rasulullah Bersandar
    23 Cara Rasulullah Bersandar
    24 Cara Rasulullah Makan
    25 Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah
    26 Lauk yang Dimakan Rasulullah
    27 Wuduk Rasulullah
    28 Doa Rasulullah Sebelum dan Sesudah Makan
    29 Cawan Minum Rasulullah
    30 Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah
    31 Minuman Rasulullah
    32 Cara Rasulullah Minum
    33 Wangian Rasulullah
    34 Cara Rasulullah Berbicara
    35 Cara Rasulullah Tertawa
    36 Cara Rasulullah Bergurau
    37 Syair Rasulullah
    38 Bual Bicara Rasulullah
    39 Cara Tidur Rasulullah
    40 Ibadah Rasulullah
    41 Solat Dhuha Rasulullah
    42 Solat Sunat Rasulullah di Rumah
    43 Puasa Rasulullah
    44 Cara Rasulullah Membaca Quran
    45 Tangisan Rasulullah
    46 Tempat Tidur Rasulullah
    47 Sifat Tawaduk Rasulullah
    48 Akhlak Rasulullah
    49 Sifat Malu Rasulullah
    50 Berbekam
    51 Nama-Nama Rasulullah
    52 Kehidupan Rasulullah
    53 Usia Rasulullah
    54 Kewafatan Rasulullah
    55 Harta Warisan Rasulullah
    56 Melihat Rasulullah dalam Tidur

    Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024