Bayangan Mata Hantu
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-30-9

Tarikh Terbit: 5 Dec 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Zahara Ziya menjadi ikon penulis muda Sekolah Sri Bangsar apabila berjaya menghasilkan novel ketika di bangku sekolah. Sambutan hangat diterima, maka perlu hasilkan novel baharu bagi mengekalkan momentum populariti nama.Namun, manuskrip cinta ditolak pihak penerbitan dengan alasan itu bukan lagi permintaan pasaran. Kini dia diminta menulis cerita hantu! Demi kemasyhuran... tawaran perlu diterima.

Masalahnya Zahara seorang gadis yang tidak percayakan hantu. Mulut cabul mencabar mana-mana hantu agar muncul di hadapannya. Berpuluh-puluh filem seram ditonton sebagai rujukan. Namun, tiada yang berjaya menakutkan. Sampai satu ketika, kubur pun sanggup diteroka sendirian.

Satu hari, mesej rahsia diterima entah daripada siapa... mengatakan boleh membantu menembusi alam roh. Kanta lekap ajaib bertukar tuan. Maka bermulalah pengalaman paling menakutkan. Kelibat lembaga berbulu hitam sering menampakkan diri dan mendampingi. Dia dilanda ketakutan tiada tara, kanta lekap ajaib segera dibuka. 

Malangnya gangguan tidak berhenti. Kanta lekap sudah tidak dipakai lagi, tetapi mengapa gangguan kekal mendominasi? Apakah nasib Zahara Ziya seterusnya? Mampukah hijab mata ditutup kembali? Ataupun mungkinkah terpaksa melihat makhluk halus dengan mata kasar secara abadi? Semuanya terjawab di dalam novel BAYANGAN MATA HANTU...