Bilik Atas Lawan Bilik Bawah
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-95-8

Tarikh Terbit: 27 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Qaseh dan Cinta.

Nama keduanya, sekali dengar seperti teman tetapi mesra, bagai best friend forever. Hakikat sebenarnya... mereka berperang tahap hendak meletup asrama dibuatnya!

Segalanya bermula dengan insiden ketika menjemur baju. Baik Qaseh mahupun Cinta... masing-masing tidak mahu mengalah. Apatah lagi meminta maaf kerana itu macam pantang besar! Ego tinggi melangit, atas sebab itu kedua-duanya lebih rela melancarkan perang saudara.

Pelbagai rancangan direncana demi menyakitkan hati seteru paling dibenci di seluruh alam semesta! Qaseh sanggup menjadi hantu. Cinta membalas dengan senjata Milo busuk.Lalu serbuk lada juga diguna sama.Malah kucing gebu pun turut jadi mangsa, dibaling macam bom tangan!

Pada kala serangan bertubi-tubi dibuat antara Qaseh dan Cinta, tiba-tiba mereka diberi tugasan kerja sekolah bersama. Terikat dengan arahan guru... masing-masing betul-betul tidak rela memandang mata walau sekejap, tidak mahu bersama walau sesaat!

Bagaimanakah peperangan antara budak asrama bilik atas melawan bilik bawah ini akan berakhir? Siapa yang jadi juara? Ketahui segalanya dalam kisah ‘BILIK ATAS LAWAN BILIK BAWAH’. Selepas baca novel ini... jangan gaduh-gaduh ya!