Cik Akademik Lawan Samseng Insaf
oleh Ain Maisarah, Rashiela Nurain


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-2040-03-3

Tarikh Terbit: 3 Jan 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Chiew Kok Yung, si pelajar samseng bermasalah yang terkenal di Sekolah Sri Bangsar. Dimasukkan ke kelas cemerlang, kononnya dengan harapan agar prestasi pelajarannya meningkat, disiplinnya bagus dan berubah.

Namun dia mula bosan. Kembali tidur di dalam kelas, tidak fokus dan mengganggu sesi belajar. Dia sengaja bersikap begitu kerana bencikan pelajar-pelajar pandai yang dianggap berlagak. Ketiadaan Medina pergi ke Korea, gadis yang sebelumnya banyak membantu dalam pelajaran membuatkan dia semakin tawar hati kekal berada di kelas tersebut.

Akhirnya samseng itu dipindahkan semula ke kelas corot. Sehinggalah dia mendapat tahu bahawa Medina akan kembali ke Sri Bangsar. Namun tanpa disangka, Medina kini kembali dengan kisah duka yang tidak disangka. Buatkan Chiew tekad mahu menjadi pelajar yang lebih baik. Biar Medina suka, biar gadis itu bangga dengannya.

Berjayakah samseng mereng kembali insaf membetulkan kesilapan lama? Ataupun akan terus-terusan membuatkan Cik Akademik pening kepala? Ketahui kisah persahabatan yang penuh humor, terselit tip cemerlang akademik yang berguna. Baca novel Cik Akademik LAWAN Samseng Insaf, jangan lupa baca buku pelajaran juga ya!