Cikgu Paling Berhantu
oleh Ain Maisarah, Eima Manan


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-43-9

Tarikh Terbit: 24 Apr 2015

Jumlah Muka Surat: 256


Versi eBook

Belum Terbit


Sempena menyambut Hari Guru 16 Mei dua minggu lagi, Cikgu Nazha selaku guru sidang redaksi majalah Sekolah Sri Bangsar telah memberi tugasan kepada semua ahli buletin untuk menulis artikel Guru Paling. Setiap ahli diberi pilihan untuk menulis tentang artikel seorang guru sahaja. Lima artikel tentang Guru Paling akan dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Betty dan Wilma bersaing untuk merebut tempat kelima teratas dan saling mahu tunjuk taring dalam penulisan artikel kali ini.

 

Malang tidak berbau, Betty pula ditimpa kemalangan semasa mahu menyiapkan tugasan buletin tentang artikel Guru Paling. Namun kemalangan itu meragukan Betty sendiri.

 

“Apa yang peliknya?” tanya Milah dengan bersungguh-sungguh.

 

“Saya dapat rasa ada tangan yang menolak saya sampai jatuh tangga itu. Bila saya ingat balik peristiwa yang memeritkan itu, saya rasa itu cuma khayalan sahaja. Tetapi jauh di sudut hati, saya yakin seperti ada orang yang menolak saya dari belakang.” Betty bersungguh-sungguh bercerita tentang pengalamannya jatuh tangga.

 

Semua sudah meremang bulu roma.

Awak tidak tahu ceritakah Betty? Sejak kebelakangan ini ada yang bercerita tentang hantu tangga yang menjelma menjadi cikgu perempuan yang berpakaian serba putih merayau di sekolah kita. Pelajar lain bercerita itu hantu cina. Mereka kata lagi, memang kalau seminggu sebelum 16 Mei atau Hari Guru, hantu itu asyik merayau-rayau. Selepas itu, hantu itu akan hilang semula.” Milah sudah mula buka kelab gosipnya dan semua orang sedang pasang telinga.

 

Hantu cina?” tanya Amberly Chia. Dari niat mahu melawat Betty dan berbincang tentang artikel cikgu, terus Milah si kepoh yang kecil molek itu buka cerita fasal hantu pula waktu siang-siang hari begini.

 

Ya! Saya tidak tahu cerita ini betul atau tidak. Tapi, mereka cerita hantu itu suka bergurau dengan pelajar-pelajar Sri Bangsar...orang kata hantu itu kesepian.” Milah memandang seorang demi seorang yang masing-masing mukanya sudah tidak keruan.

Buku Berkaitan


Berita

Hantu Ataupun Badut Sarkas: Hantu Mahu Popular
ditulis oleh Chayu Afifi Noordin

Selama ini para pembaca sering dihidangkan dengan cerita hantu yang menyeramkan dan menakutkan... Selanjutnya»


Errata