Cinta Kerusi Depan
oleh Aman Wan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-2040-04-0

Tarikh Terbit: 3 Jan 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Latihan matematik, kerja sekolah… semuanya sempurna! Sememangnya Fain pelajar terbaik, suka belajar sehingga duduk pun di kerusi paling hadapan di dalam kelas. Namun, siapa sangka gadis itu punya rahsia dalam hatinya.

Senyap-senyap Fain sebenarnya memendam perasaan terhadap rakan kelas bernama Alyas, jejaka kacak yang ceria. Namun berbeza dengan Fain... Alyas adalah pelajar pemalas, sering melepak di belakang kelas! Oleh sebab itu, Fain langsung tiada peluang mahu memandang si penyejuk mata. Jika mahu direnung, matanya rabun. Kalau mahu dijeling, nanti matanya juling! Hanya papan putih di hadapan menjadi wakil kepada wajah lelaki pujaan.

Masalah mula menjelma apabila guru mahu lakukan rombakan kelas yang mengasingkan pelajar cemerlang dan pelajar pemalas! Oh, retak seribu hati gadis itu apabila terpaksa menerima hakikat dirinya dan Alyas terpaksa berlainan kelas. Fain, perlu lakukan sesuatu sebelum segalanya terlambat! Dia sanggup lakukan perkara salah sehingga mendapat gelaran Hantu Kerusi Belakang!

Apakah yang telah dilakukan? Adakah cinta sanggup dikejar sehingga pelajaran tergendala? Bagaimana kesudahan kisah Fain dengan jejaka kerusi belakang? Bacalah novel ini, semoga berangan yang manis-manis ya!