Cinta Secret Admirer
oleh Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-93-4

Tarikh Terbit: 14 Nov 2016

Jumlah Muka Surat: 140


Versi eBook

Belum Terbit


Amrina tiada pesona. Parasnya tidak jelita, tona kulit tidak sekata... malah tubuh sedikit gempal juga. Berkawan baik pula dengan geng kaca mata yang skema. Pakej tidak menarik ini buatkan dirinya halimunan di Sekolah Sri Bangsar.

Diam-diam, Amrina menaruh hati kepada Zul Irfan... jaguh seni lukis sekolah. Segala perasaan dipendam, ia menjadi rahsia paling dalam. Bimbang dikatakan mengada-ngada... yalah, Zul Irfan itu kacak bergaya. Dirinya pula bagaikan lumut yang melukut di tepi tangga. Manalah setaraf dan serasi bersama.

Suatu hari, rakan-rakan Amrina menemui buku Resipi Mencari Cinta. Ia sarat dengan tip merebut hati jejaka. Amrina memperolok-olokkan buku tersebut, namun jauh dalam sudut hatinya... teringin ikut segala tip yang dikisahkan!Lalu bermulalah misi... malangnya lain yang dirancang, lain yang terjadi. 

Cubaan mencantikkan diri bertukar menjadi tragedi. Paling memalukan, akibat terlalu ingin menarik perhatian si jejaka idaman, dirinya dimalukan di hadapan warga Sri Bangsar.
Adakah Amrina akan serik mengejar cinta? Mungkinkah semua perasaan akan kekal rahsia? Berjayakah jejaka idaman ditakluki hatinya? Temui jawapannya dalam CINTA SECRET ADMIRER!

Buku Berkaitan


Berita

Impian Menjadi Kenyataan?: Cinta Secret Admirer
ditulis oleh Huzaifah Abd Jamil

“Dalam kehidupan ini, yang terindah, melalui usia remaja… senda gurau suka duka, sering berganti,... Selanjutnya»


Errata