Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun
oleh Timie Zafira


Versi Cetak

RM15.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 17.00
Format: Paperback
Saiz: 5"x7.5"

ISBN-13: 978-967-411-760-3

ISBN-10: 978-967-411-760-3

Tarikh Terbit: 26 Feb 2016

Jumlah Muka Surat: 184


Versi eBook

Belum Terbit


"Aku dengar, kat Gunung Embun tu ada monster bermata merah..."

Buku ini mengisahkan pengembaraan Yaya dan kawan-kawan sekelasnya yang pergi berkhemah di Gunung Embun. Pelbagai aktiviti berkumpulan yang mereka lakukan demi mendapatkan hadiah istimewa dari Cikgu Timi. Namun, apabila barang-barang kepunyaan mereka mulai hilang dari khemah, mereka mula tertanya-tanya. Apabila Suzy hilang tanpa berita, mereka semua risau benda yang paling buruk telah terjadi. Tambahan lagi, khabar angin yang menular tentang kewujudan monster di hutan itu membuatkan semua orang tidak senang. Dalam cuaca hujan ribut yang turun tanpa henti, Yaya harus menyelamatkan Suzy. 
Siri Detektif Yaya ini padat dengan nilai-nilai murni. Diceritakan dari pandangan Yaya yang penuh lawak dan misteri, siri ini sesuai dibaca oleh peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.  Di samping belajar tips survival, pembaca juga boleh merungkai misteri di Gunung Embun bersama Yaya dan kawan-kawan. 

BAB 1: Misi Nombor Satu

BAB 2:  Peperiksaan Bermula

BAB 3:  Bercuti di Gunung Embun!

BAB 4:  Yaya Memasak?

BAB 5:  Pencuri di Khemah

BAB 6:  Mana Suzy?

BAB 7:  Misteri Lembaga Hitam

BAB 8:  Selamat

BAB 9:  Teka-Teki Terakhir Papa Zola

BAB 10: Hadiah Daripada Si Jambu

Buku Berkaitan


Berita

Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum
ditulis oleh Syifa Wan

Buat peminat siri Nomik Detektif Yaya, sudah pasti adik-adik tidak sabar untuk siri kedua nomik... Selanjutnya»

Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun
ditulis oleh Izzati Nadia ZI

Siapa yang tidak kenal dengan BoBoiBoy dan rakan-rakan adiwiranya? Sebut sahaja nama BoBoiBoy,... Selanjutnya»


Errata