Buku

Didik Anak jadi Usahawan

oleh Siti Faaizah Ismail

RM 16.00 / RM 18.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-983-3585-62-5

Muka Surat: 144

Saiz: 9x6x0.4

Tarikh Terbit: 17 Oct 2008

Bermula daripada mengenali psikologi, minat dan potensi dalam diri anak-anak, buku ini mendedahkan seribu satu rahsia berkenaan strategi mendidik anak menjadi usahawan sejak kecil. Rata-rata ibu bapa hari ini inginkan kejayaan daripada anak-anak dalam apa sahaja yang mereka ceburi.

Setiap bakat dan minat yang ada pada diri anak-anak sebaik-baiknya tidak disia-siakan begitu sahaja, malah ia perlu disalurkan kepada peluang perniagaan yang sentiasa terbuka di depan mata.

Mengajar anak berniaga sejak kecil tidak bermakna kita membebankan anak-anak dengan kerja dan tanggungjawab, tetapi mengajar mereka bagaimana mendapat kebebasan kewangan. Wang bukanlah segalanya tetapi tidak bermakna ia tidak perlu dicari.

Mendidik anak mencari rezeki dengan titik peluh mereka sendiri menjadikan anak-anak lebih menghargai apa yang diperoleh. Walau sebanyak mana pun harta yang diwarisi, ia menjadi tidak bermakna apabila seseorang itu tidak bijak mengendalikannya.

Bertindaklah sekarang! Usaha daripada ibu bapa hari ini adalah titik tolak kepada kejayaan anak-anak akan datang. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita yakin bagi merealisasikannya. Tidak ada jalan mudah bagi mencapai kejayaan dan kejayaan itu tidak datang bergolek. Terokailah segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi di dalam buku ini. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada semua.

Prakata

BAB 1: Pendahuluan

Usahawan Cilik
Kisah 1
Kisah 2
Kisah 3
Kisah 4

BAB 2: Merangsang Perkembangan Anak Melalui Psikologi

Rahsia Psikologi Kanak-kanak
Mendidik Anak Melalui Psikologi
Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Anak
Perkembangan Mental Kanak-kanak
Perkembangan Sosial Kanak-kanak

BAB 3: Anak, Wang dan Bisnes

Anak dan Wang
Anak dan Wang Saku
Anak dan Bisnes
Adakah Anak Kita Usahawan?

BAB 4: Mencungkil Bakat Usahawan

dalam Diri Anak
Kenali Bakat Anak
Mencungkil Perwatakan Diri Anak-anak
Kenali Potensi Anak

BAB 5: Mantapkan Minda Anak
dengan Dunia Bisnes
Pemakanan yang Sihat
IQ, EQ dan FQ
Kelab Usahawan
Kemahiran Membuat Keputusan
Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran

BAB 6: Idea Bisnes untuk Anak-anak

Bisnes Buah Potong
Bisnes Kacang dan Kerepek
Bisnes Aiskrim
Bisnes Nasi Lemak dan Kuih-muih
Bisnes Tauge
Bisnes Cuci Kereta
Bisnes Cuci Halaman Rumah
Bisnes Barangan Kitar Semula
Bisnes Sayur-sayuran dan Ulam-Ulaman
Bisnes Dadih
Bisnes Jeli Kelapa
Bisnes Krostij dan Jahit Manik

BAB 7: Perkenalkan Teknik-teknik

Perniagaan
Perancangan Rapi
Pusingan Modal
Kreativiti
Pengurusan Masa
Strategi Pemasaran
Pengagihan Jualan
Kuasa Sedekah
Tip Berjaya dalam Bisnes
Kisah Bisnes Kasut

BAB 8: Galakan, Bimbingan dan Motivasi

Bimbingan
Keyakinan
Sokongan
Cabaran
Imbuhan
Perangsang dan Semangat
Idea
Pujian
Pelaburan
Penghargaan

BAB 9: Didik Etika Murni

Niat yang Betul dan Ikhlas
Amanah dan Benar
Tidak Tamak dan Angkuh
Bersyukur dan Tidak Lupa Diri
Cemerlang
Adil dan Tidak Menzalimi Orang Lain

BAB 10: Rahsia Jutawan Perniagaan

Nabi Muhammad Tokoh Perniagaan
yang Jujur dan Amanah
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari
Dr. Irfan Khairi
Usahawan ICT
Usahawan Senang lawan Usahawan Susah
CEO dan Jutawan Muda
Usahawan Pekak yang Berjaya
Peniaga dan Usahawan yang Dilahirkan
Melalui Motivasi

BAB 11: Penutup

Bibliografi
Indeks

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024