Gadis Novel Lawan Budak Komik
oleh Ain Maisarah, Khairil Kamarudin


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-97-2

Tarikh Terbit: 9 Sep 2016

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Pembubaran Kelab Novel dan Kelab Komik? Sekolah Sri Bali kecoh apabila dua presiden menyerang mesyuarat kelab dan persatuan. Tidak puas hati kerana kelab mereka dibubarkan oleh pihak sekolah! Nella Amara selaku presiden Kelab Novel dan geng gadis-gadis novel harus bertindak! Hafidzi Roshidi beserta pelajar-pelajar yang mencintai komik perlu mempertahankan hak!

Tragedi pembubaran dan peristiwa kekecoahan itu sampai ke pengetahuan Tuan Pengetua. Mereka diberi peluang kedua, mesti tingkatkan jumlah keahlian kelab. Buktikan siapa lebih banyak penyokong... komik ataupun novel?

Maka Nella Amara mula merancang strategi. Menarik pembaca dengan gula-gula hadiah yang lumayan tidak terperi. Hafidzi Roshidi pula menggunakan kaedah kostum dan maskot, sampai Naruto dijemput ke sekolah!

Sengitnya perlawanan, masing-masing mula melancarkan perang saraf! Pencinta novel memperlekehkan komik, katanya itu bahan bacaan ringan lagi picisan. Kaki komik pula melabel pembaca novel itu gemar berkhayal dan jiwang.

Pertembungan dua pihak, novel ataupun komik yang akan menang? Kelab mana yang akan kekal? Bacalah Gadis Novel LAWAN Budak Komik... apa yang penting, ini bahan bacaan yang menyeronokkan!

Buku Berkaitan


Berita


Errata